TANGISAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT

Dalam sebuah hadis riwayat al-Barra` dalam al-Tarikh oleh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan degana para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jawapannya ialah mereka sedang menggali kubur untuk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yang terbit daripada mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Riwayat al-Bukhari dlm al-Tarikh )

Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dalam solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya.Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yang dilaporkan dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu’allaq dalam bab al-Azan daripada Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pada ayat ke 86 surah Yusuf yang bermaksud : (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pada saf yang terakhir . Jangan pula kita sangka saf mereka ini pendek macam saf solat kita pada hari ini !

Usman bin Affan juga terkemuka dengan tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yang bermaksud : “RasululLah saw bersabda yang bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yang pertama daripada kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( riwayat al-Tirmizi, sahih )

Abdurrahman b Auf, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yang unggul pernah dihidangkan untuknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kepadanya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus’ab bin Umair yang telah mati sebelum kita sebagai syahid.Dia ternyata lebih baik daripada ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dalam perang uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah…Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita…dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat-nikmat …Lalu semua yang hadir menangis bersama2 dengannya. ( Riwayat Muslim )

Apabila belajar tentag hadis-hadis seperti ini daripada guru2 kami, antara al-Muhaddis al-Marhum al-Syikh Walied al-’Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dalam diri kerana dosa .Ia berpunca daripada ilmu yang mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yang belum dipenuhi.Juga disebabkan pergaulan kita dengan orang-orang salih serta pengajaran yang diambil kerana interaksi dengan mereka.Harus ingat hati yang tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita…atau dalam perkataan lain kerana ia sudah keras…bimbanglah jika ia mati…

kredit: http://abusyakirin.wordpress.com/2010/10/25/tangisan-rasulullah/

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.