TAYAMMUM

Pengertian tayammun

Tayammun ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga siku dengan beberapa syarat disertai dengan niat. Tayammun menggantikan wudhu’ atau mandi hadas besar disebabkan keuzuran.

Rukun tayammun

  1. Niat.
  2. Menyapu debu tanah ke muka.
  3. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga siku.
  4. Tertib.

Syarat-syarat tayammun

  1. Bertayammun apabila masuk waktu solat.Telah berusaha untuk mendapatkan air atau tidak dapat menggunakan air.
  2. Menghilangkan najis sebelum melakukan tayammun.
  3. Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci bukan musta’mal.
  4. Sekali bertayammun untuk satu solat.

Sebab-sebab yang mengharuskan tayammun

  1. Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya.
  2. Tidak boleh menggunakan air kerana sakit.
  3. Ada air tetapi mencukupi untuk keperluan makan dan minum sahaja.
  4. Cuaca yang terlalu sejuk dan penggunaan air boleh memudaratkan.
  5. Terhalang daripada mendapatkan air kerana bahaya.

Perkara yang membatalkan tayammun

  1. Melakukan perkara yang membatalkan wuduk.
  2. Ada air selepas bertayammun sebelum solat.
  3. Sembuh daripada sakit dan boleh menggunakan air.
  4. Luput waktu solat.
  5. Murtad (keluar daripada agama islam).

Add Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.