Home / Islam / Zaynab Al Ghazali

Zaynab Al Ghazali

Wanita yang bernama Zaynab Al Ghazali ini, hidup di zaman kita. Seorang pejuang yang memperjuangkan Islam sebenar-benarnya, bergabung dengan para pejuang Soleh Ikwanul Muslim.
Lahir pada 2 Januari 1917 di Mesir.
Secara peribadinya, saya baca kisah Zaynab bersama pejuang Ikhwanul Muslimin waktu usia saya 14 tahun. Waktu usia yang muda macam tu, fokus yang membuat saya kagum, bukanlah pada perjuanngannya, pada pengorbanannya membantu wanita-wanita balu para pejuang Islam.
Saya lebih tertumpu dan kagum dengan kisahnya yang mendapat pertolongan luar biasa dari Allah.
Zaynab dipenjara di sel bawah tanah yang sangat gelap. Ketika diheret melalui lorong-lorong yang gelap dan pengap, ingatannya hanya pada Allah. Bibirnya melantunkan ayat-ayat suci dan zikir yang tidak putus.
Di depan sel itu Zaynab hampir pengsan melihat kurungan yang bakal menempatkannya dipenuhi dengan anjing-anjing liar yang lapar. Bingit dengan salakan anjing-anjing hitam yang sedia menerkam dan mengoyak isi tubuhnya.
Saya masih ingat cerita itu. Zaynab,ketika dilemparkan ke dalam sel tersebut duduk menekup muka ke lutut, menanti taring anjing-anjing itu terbenam menggeroyok tubuhnya. Dia berzikir dan menyerah nasibnya pada Allah sepenuhnya. Selama tiga jam Zaynab dikurung, para pengawal datang untuk melihat ‘mayat’ Zaynab.
Ajaibnya pertolongan Allah pada hambaNya, para pengawal malah Zaynab sendiri terkejut, jangankan darah Zaynab, baju yang dipakai Zaynab juga tidak koyak walau seinci pun.Malah ketika kurungan dibuka, anjing-anjing tersebut diam dan hanya berteleku mengelilingi Zaynab. Sedangkan menurut Zaynab, anjing-anjing itu pada pendengarannya tidak putus-putus menyalak.
Zaynab yang belum hilang rasa takjubnya pada pertolongan Allah, diseret pula ke sel kedua. Kali ini penuh dengan tikus-tikus liar. Sekali lagi Zaynab menyerah nasibnya ke tangan Allah. Selepas beberapa jam, pengawal datang. Perkara yang sama juga berlaku, malah pengawal tidak nampak seekor pun tikus yang kesemuanya melarikan diri melalui sebuah lubang sel, yang pada awalnya tidak berlubang.
Belum merasa ajaib?
Kita ke sel ketiga Zaynab.
Kali ini Zaynab di tenggelamkan di dalam air najis separas hidung. Zainab hanya mampu mendongak kepalanya supaya air najis tidak memasuki rongga hidungnya. Enam hari Zaynab dibiarkan tanpa sebarang makan dan minum.
Setiap kali berasa lapar dan haus, Zaynab tertidur. Dalam tidurnya, Zaynab bermimpi di beri makan dan minum yang sangat lazat. Di hadapannya berdiri berbaris-baris pengawal berbaju putih. Dalam mimpinya, Zaynab tidak berada dalam takungan najis, tapi di tepian air terjun yang sangat cantik.
Malah ketika dikeluarkan dari takungan najis tersebut, Zaynab masih terasa dihujung lidahnya rasa manis yang sangat lazat yang baru dinikmati.
Zainab dikeluarkan dan dipenjara dengan berbagai siksaan selama enam tahun.
Cerita ini bukan pada zaman Rasulullah. Zainab dipenjara pada tahun 1965.. Siapa yang dah lahir waktu tu?
Zaman sekarang…
Dia hanya dibebaskan pada tahun 1971 bila Presiden Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan Jamal Nassir.
Belum jauhkan dari 2018….
Zaynab meninggal pada usia 88 tahun 3 Ogos 2005..
Usia 14 tahun, membaca ‘cerita’ itu hanya mendebarkan pada kisah-kisah penjaranya. Saya tak hadamkan pun bagaimana Zaynab mendidik jiwanya sekuat itu pada Allah. Saya tidak kagum pun dengan cara Zaynab memasang connection dengan Rabbnya. Maklum, budak kecik setengah akal, bak kata penulis bermata bundar Waridah Lothpi…hehehe..
..waktu tu saya fikir itu thriller ..
Saya pesan pada diri sendiri,ambil iktibar kisah Zaynab, jika masih tak mampu mengambil ibrah jiwa Maryam, dengan alasan, Maryam mendapat wahyu Allah, bapa saudaranya Nabi Zakaria,bolehlaaa… Alasan lagi…dan lagi.. dan kita masih lagi berasa ‘selamat’ .
Zaynab,lahir zaman kita, umat Nabi Muhammad akhir zaman, sama seperti kita. Tapi, ditolong Allah dengan cara sangat ajaib.
Kerana apa? Kerana ragunya tidak ada. Kuatnya jiwa berpegang pada Allah setiap masa, bukan hanya sewaktu dia susah.
Susah dan senang hanya dengan pautannya pada Allah.
Jadi, wanita semua…bangkitlah,buang rasa lelah dan penat. Bergantung dan serah pada Dia dalam semua keadaan. Allah tolong dengan caraNya.
Yakinlah.
Kredit buat penulis.

About mai

Check Also

SYUKUR

Seorang lelaki kaya memandang keluar jendela & nampak seorang lelaki miskin mengutip sesuatu dari tongsampah. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *