Home / Umum / Hakikat berselawat

Hakikat berselawat

Hakikat berselawat

Syeikh Dr Sayyid Muhammad bin ‘Alawi r.h mengulas tentang hakikat selawat dengan menukilkan ucapan Sultanul Ulama ‘Izzuddin bin Abdissalam r.h (wafat 660H).

“Selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم bukanlah syafaat atau pertolongan daripada kita untuk Baginda. Sesungguhnya insan seperti kita tidak berhak memberi bantuan kepada insan seperti Baginda. Namun Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kebaikan siapa sahaja yang memberi dan berbuat ihsan kepada kita. Jika kita tidak mampu membalasnya, kita berdoa kepada Allah agar membalasnya untuk kita.

Maka apabila kita tidak mampu membalas jasa Baginda yang merupakan Sayyidul Awwalin wal Akhirin, Allah Tuhan Sekalian Alam  memerintahkan kita agar menundukkan diri dan berselawat kepadanya supaya selawat kita menjadi balasan atas ihsan dan limpahan budi Baginda kepada kita. Tiada ihsan yang lebih baik daripada ihsan Baginda صلى الله عليه وسلم”

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali..” Riwayat Muslim.

____
Imam al-Qastallani r.h menukilkan pendapat sebahagian ulama bahawa ayat perintah berselawat iaitu ayat 56 Surah al-Ahzab diturunkan pada bulan Sya’ban.

—Maza fi Sya’ban
Syeikh Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi r.h

Cnp

About mai

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *