Hakikat Selawat
Sultanul Ulama ‘Izzuddin bin Abdissalam r.h (wafat 660H) berkata:
Selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم bukanlah syafaat atau pertolongan daripada kita untuk Baginda. Sesungguhnya insan seperti kita tidak berhak memberi bantuan kepada insan seperti Baginda. Namun Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kebaikan siapa sahaja yang memberi dan berbuat ihsan kepada kita. Jika kita tidak mampu membalasnya, kita berdoa kepada Allah agar membalasnya untuk kita.
Maka apabila kita tidak mampu membalas jasa Baginda yang merupakan Sayyidul Awwalin wal Akhirin, Allah Tuhan Sekalian Alam memerintahkan kita agar menundukkan diri dan berselawat kepadanya supaya selawat kita menjadi balasan atas ihsan dan limpahan budi Baginda kepada kita. Tiada ihsan yang lebih baik daripada ihsan Baginda صلى الله عليه وسلم
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya 10 kali..” Riwayat Muslim.
—Maza fi Sya’ban
Syeikh Dr Sayyid Muhammad ‘Alawi r.h