Home / Umum / Menyesal pada yang tiada adalah sia-sia.

Menyesal pada yang tiada adalah sia-sia.

Pagi ini saya terbaca kata-kata pujangga Arab yang cukup menggetarkan hati yang dikongsi oleh Dr. Abdul Rahim Ahmad (UKM). Kata-kata itu berbunyi seperti berikut:

إذا رأيت رجلاً يفعــل أي شيء مـن أجل إمرأة فاعلم أنه يحبها،
وإذا رأيت إمرأة تفعل أي شيء من أجل رَجل فاعلـــم أنها أمه.

Kata-kata ini cukup indah jika dapat memahaminya.

إذا رأيت رجلاً يفعــل أي شيء مـن أجل إمرأة فاعلم أنه يحبها

“Jika kamu melihat seorang lelaki melakukan apa sahaja untuk seorang wanita, ketahuilah lelaki itu mengasihi wanita itu.”

Benar, lelaki akan melakukan apa sahaja untuk wanita yang dikasihinya. Lautan api pun dia sanggup renangi demi si buah hatinya.

Kisah Laila Majnun menyaksikan pemuda menjadi gila kerana dia dihalang mengawini kekasih hatinya.

Seterusnya, kata pujangga Arab itu berbunyi:

وإذا رأيت إمرأة تفعل أي شيء من أجل رَجل فاعلـــم أنها أمه

“Jika kamu melihat seorang wanita melakukan apa sahaja untuk seorang lelaki, ketahuilah wanita itu adalah ibunya”.

Allahu Akbar!

Memang ibu sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. Ibu menyimpan seribu kedukaan agar anaknya hidup bahagia.

Semoga Allah merahmati kedua ibu bapa kita.

Berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih ada. Tiada bermakna lagi apabila mereka telah tiada. Menyesal pada yang tiada adalah sia-sia.

Dr. Abdél Rahmanov

About mai

Check Also

Sekali Allah cakap, nnti dulu…..

Bayangkan, bayangkan.. Di Akhirat kelak, Solat kita lulus, akhlak kita lulus, semuanya lulus. Pintu syurga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *