Home / Artikel Cahaya Islam / Pengalaman Terlanjur

Pengalaman Terlanjur

Sebelum ini ada orang bertanya tentang apa yang mahu dilakukan apabila sudah terlanjur melakukan perbuatan terkutuk (zina). Lalu ramai pembaca memberikan pandangan dan jawapan masing-masing. Saya tertarik dengan satu komen panjang lebar yang ditulis oleh seorang pembaca yang menggunakan nama samaran Seripagi. Komen beliau berkisar tentang pengalamannya sendiri dalam menghadapi hidup setelah terlanjur melakukan hubungan kelamin dengan seorang lelaki.

Di bawah ini adalah coretannya yang saya copy 100% dari tulisan asal. Tiada sebarang tokok tambah atau sebarang pengubahsuaian dilakukan pada tulisannya. Semoga anda dapat membacanya dengan baik.

Salam..

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri..
saya dibesarkan dlm keluarga yg mementingkan agama. 5 tahun bercinta dgn sorang lelaki A yg amat baik pada pandangan hati saya. dalam masa family kedua belah pihak merancang2 utk menyatukan kami, saya dipertemukan secara kebetulan dgn lelaki B.

Entah mana silapnya (yg saya yakin sgla yg buruk itu dtgnya dr diri kita sendiri) baru sebulan saya mengenali dia, kami terlanjur mengadakan hubungan terlarang tu dan ianya hanya berlaku ’sekali’ yg kesannya amat2 saya kesalkan utk dikenang. saya mengandungkan anak B. paling pahit utk ditelan saya terpaksa memutuskan hubungan saya dgn A sedangkan dialah cinta hati saya yg amat menjaga batas pergaulan kami dan bersama menjaga maruah saya. sampai saat ini A tak tau atas alasan apa saya membawa diri. saya tak sanggup utk beritahu dia sebab dia terlalu baik utk saya lukakan hatinya. setahun saya menghilangkan diri tak balik ke kampung semata2 membesarkan anak dalam kandungan. nasib baik saya ada kawan2 yang membantu di samping duit simpanan yg tak seberapa. saya rela menunggu 9 bulan mengandungkan anak yg bagi saya dia tak berdosa. utk pengetahuan, saya telah putuskan hubungan saya dgn B setelah 3 bulan saya mengandung, itupun setelah terbongkar B suami orang dan dah ada anak 5. Saya hanya berserah pada Allah dan saya yakin satu hari nanti B akan dapat balasannya.

Sampai masa, saya melahirkan anak lelaki yg amatlah sebijik muka saya(nasib baik takde muka B). Walaupun sayang, saya terpaksa serahkan anak tu pada satu pasangan suami isteri yg hampir 10 tahun kawin dan masih belum dikurniakan anak sendiri. Mungkin rezeki saya dipertemukan dgn mereka. Saya memang tak boleh membesarkan dia sbb sepanjang mengandung takde sorang pun dari ahli keluarga saya tahu cerita ni. Dan saya tak sanggup nak mencalarkan hati kedua ibubapa saya.

Bila semuanya selesai, saya seperti biasa setiap bulan sekurang2nya sekali menjenguk ke kampung yg mana dlm masa setahun yg penuh rahsia tu inilah perkara yg amat2 saya inginkan. Oh ya.. sepanjang mengandungkan anak saya, saya lebih banyak mendekatkan diri dgn Allah. Bertaubat nasuha, tak tinggal sembahyang, setiap masa terluang mengaji al-quran dan kerap juga berpuasa kerana tak punya cukup wang utk makan. Saya juga sering bermuhasabah diri. Mengharapkan keampunan dariNya. Saya sering berdoa agar hidup saya selepas ini akan lebih bersinar.

Dan alhamdulillah.. setelah semua ini berakhir, saya dipertemukan Allah dgn lelaki C. Hubungan yg sekadar kawan biasa diikat dgn ikatan perkahwinan. Yang pasti saya tak pernah sekalipun menceritakan kisah silam saya. Walaupun masih ada kesan torehan doktor di tut.. semasa bersalin dulu, sehingga saat ini suami saya tak pernah bertanyakannya. Mungkin difikirannya tertanya2 juga tapi saya amat yakin.. dia tetap menyayangi dan mencintai saya sepenuh hatinya. Cuma pastikan kita sentiasa muhasabah diri, jaga kehormatan diri dan suami, menerima dan mencintai suami sepenuh hati, hormatkan suami, jaga makan pakai suami, jaga penampilan kita di hadapan suami yakni hidup kita diberkati Allah.

Yang pasti.. apapun masalah yang kita hadapi, ada lagi org lain yang punya masalah yang lebih berat dari kita. Apapun ujian yang Allah beri, ianya tak lain selain menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita padaNya. Tak perlu dikesalkan perkara yang lepas kerana kita hanya perlu fokus pada apa yang kita nak untuk masa depan. Walaupun saudari pernah terlanjur dulu, belum tentu dia jodoh yang ditetapkan buat kita. Saudari masih muda, banyak lagi halangan2 yang belum saudari tempuh. Kalaupun inilah ujian yang paling besar saudari rasakan, ianya sekadar proses mendewasakan kita. Apa yang penting adalah perasaan kedua ibu bapa. Akhirnya lakukan solat istikharah dan selebihnya berserah dan redho padaNya.

About wanwma

Check Also

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI – Mungkin bangun subuhnya lambat. – Mungkin solatnya kurang sempurna. – …

10 comments

  1. salam….alhamdulillah….sy suka mmbaca artikel ini….insan ini punya kesedaran selepas apa yg berlaku…..moga allah terus mmberikn sinar kpdnya….ameen..

  2. salam, sebenarnya ‘ perkara buruk’ yang berlaku pada diri kita janganlah diceritakan pada orang lain. Simpan aje sebagai rahsia. Yang dah lepas biarkan pergi, rajin-rajin kerjakan solat taubat sementara masa masih ada.

  3. harap tidak kembali semula… setiap pengalaman dan hidayah adalah untuk kematangan diri… sekadar pendapat

  4. satu coretan yang menarik.lain daripada yang lain sbb selama ini orang lebih menitikberatkan kejujuran pada pasangan, menceritakan perkara sebenar agar kisah lalu tidak menghantui diri pada masa depan dan supaya ia tidak menjadi masalah di kemudian hari.wallahu a’lam

  5. ya,,, itu yg terbaikm yaitu muhasabah diri….
    semoga segala taubat selama ini akan terima oleh ALLAH SWT

  6. terima kasih atas perkongsian ini.. betul kata yang lain, memang menginsafkan…

  7. Artikel kek ni bagus sekali buat pelajaran Anak muda masa sekarang Saudaraku, namun saya melihat ada beberapa iklan di blog ini yang muncul tidak syar i contohnya bigo live, ada baiknya langsung di blok saja iklan tersebut agar web ini maki barokah..

    Salam dr Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *