Home / Artikel Cahaya Islam / Kalendar 2011 – Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Kalendar 2011 – Kempen Aurat Saya Maruah Saya!

Baru-baru ini saya telah mengumumkan penghasilan stiker kereta Kempen Aurat Saya Maruah Saya. Setelah melalui beberapa proses penghasilan, akhirnya stiker tersebut terpaksa dibatalkan kerana syarikat percetakan telah tersalah cetak. Saya telah menghungi mereka untuk mengubah kembali stiker tersebut tetapi sayangnya mereka tidak mampu buat apa-apa kerana terdapat sedikit masalah teknikal buat masa ini.

Sebagai ganti, saya akan hasilkan sebuah kalendar khas iaitu kalendar tahun 2011 dengan hiasan kartun dari Kempen Aurat Saya Maruah Saya. Di bawah adalah contoh rekabentuk kalendar yang akan dihasilkan.

Kalendar ini akan dijual dengan harga RM10 termasuk kos penghantaran. Beberapa orang pembeli terawal akan mendapat stiker kereta yang dimaklumkan sebelum ini secara percuma. Stiker kareta itu sebenarnya bukanlah mengalami kerosakkan yang teruk. Cuma syarikat percetakan itu tersilap cetak latar belakang stiker menyebabkan ia menjadi lutsinar. Warna sebenar latar belakang stiker itu ialah warna putih. Lihat gambar di bawah.

Baiklah, sesiapa yang berminat untuk membeli kalendar ini dan mahukan stiker di atas secara percuma, anda boleh mengisi nama dan email anda di bawah untuk mendapatkan keterangan lanjut. Kepada sesiapa yang sudah memasukkan nama dan email semasa mahu mendapatkan stiker di atas sebelum ini, anda tidak perlu lagi memasukkan nama dan email anda dalam borang di bawah.

 

Name
Email

 

Setelah anda mengisi nama dan email. Anda tidak akan mendapat terus maklumat tentang cara untuk mendapatkan kalendar ini. Ini kerana kalendar ini masih dalam proses percetakan. Belum siap sepenuhnya. InsyaAllah ia akan mula dijual pada 15hb ini.  Ketika itu barulah saya akan maklumkan kepada anda bagaimana cara untuk membuat pembayaran dan sebagainya. InsyaAllah saya doakan semoga semuanya berjalan lancar kali ini.

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. sedehnyer 🙁

  2. nak tnye..
    lau sape2 yang dh tmpah stiker ni dulu..
    kne bli kelnder ni ke??

  3. Tahniah wan, kerana menghasilkan sesuatu yg boleh memberi impak kepada masyarakat. dalam masa yg sma boleh berdakwah

  4. Sy lebih tertarik dgn latar belakang yg lutsinar..

  5. wan… akak rasa akak nak proceed jugak with the sticker… email me pls?

  6. saya nak beli la kalendar 2… cmne ea pembayarannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *