Home / Motivasi / (Motivasi) Kerja Kotor Yang Bersih

(Motivasi) Kerja Kotor Yang Bersih

Pada hari raya (Aidil Adha) ke-2 baru-baru ini, ketika mandi di awal pagi, saya terasa girang dan gembira. Perasaan ini membuatkan saya tiba-tiba rajin mencuci tandas. Maklum la..mood cuti (walaupun kerja sendiri, time orang cuti, saya pun terasa gak mood cuti tu..huhu..).

Masa cuci mangkuk tandas, tipu la kalau tak ada percikan-percikan ‘bunga api’ terkena pada bahagian badan. Bagaimana pun saya gembira kerana dalam fikiran saya terdetik, ‘Mesti setiap orang yang guna tandas ini akan lebih selesa nanti..bagus la kalau cam tu!‘. Itu adalah fikiran positif  saya, tiba-tiba mari pula fikiran nagatif. Biasa la, tengah duduk dalam tandas, ramai kaum kerabat syaitan sedang bertapa di situ.

kebersihan

Perasaan negatif saya terdetik, ‘Lepas aku bersih, diorang buat kotor lagi lepas ni! Last2 yang kena bersih, aku jugak! Ehem..bukan la nak berkira sangat, tapi tak reti2 ker nak menghargai, kalau malas nak bersih pun sekurang2nya jangan la buat kotor!’. Sebaik saja fikiran itu terdetik, saya terus terbayangkan perasaan pekerja-pekerja yang membersihkan sampah. Saya bayangkan yang diorang sedang berfikir seperti tadi dan sayalah orang yang membuat kotor tersebut.

Alamak! Saya termenung seketika, kadang2 kita memandang remeh kerja mereka, kadang2 kita tidak menghargai langsung perbuatan mereka, kadang2 kita mengutuk apabila lori sampah mereka berada dihadapan kita. Kadang2 kita suka membuang sampah di merata tempat, kadang2 kita tak buang sampah dalam tong yang disediakan sebaliknya letak bertaburan di sekeliling bakul sampah tersebut dan kadang2 semua perkara yang disebutkan tadi bukan diamalkan ‘kadang2’ oleh kita, sebaliknya merupakan amalan tetap masyarakat kita!

Oh, layakkah saya untuk merungut? Fikir balik, kerja mereka lebih mulia berbanding dengan para pegawai yang tidak amanah, para kroni yang makan riba dan bidang profesional yang hanya tahu berlagak! Mereka memerikan kita kebersihan sebaliknya kita sentiasa membuat kotor. Mereka memastikan jalan, dan persekitaran kita bersih sebaliknya kita mencemuh mereka dan menunjukkan muka ‘busuk’ kita untuk mengarahkan supaya mereka cepat-cepat beredar…oh, saya rasa amat bersalah!

Jika anda rasa benar akan kenyataan saya, usah biarkan diri kita dengan tabiat lama. Berubah dan belajarlah untuk menghargai kebersihan yang kita nikmati hari ini. Walaupun tidak sebersih mana, namun ia bukan salah mereka yang mengutip, sebaliknya salah kita sebagai pembuang sampah. Tugas mereka yang sebenar-benarnya adalah membersihkan sampah semula jadi seperti debu pasir, ranting pokok, daun mati dan seumpamanya, bukan mengutip puting rokok, kulit gula-gula, plastik makanan dan kertas kotor yang kita buang.

Sikap kita mencerminkan keperibadian anak-anak kita, sikap anak-anak kita mencerminkan budaya generasi akan datang.

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. Assalamualaikum. Memang kalau kita nak buat kebaikan selalunya hati akan berbolak balik memberikan pandangan yang tidak betul. Itulah bisikan syaitan yang akan menghalang kita untuk buat baik. Tidak ramai orang melihat hakikat kerja yang boleh memberikan amal soleh kepada kita. Walaupun kecil tetapi pahalanya tetap berterusan sampai bila-bila.
    .-= Motivasi Kerja menulis diblognya tentang.. Azam Tahun Baru =-.

  2. memang diakui amat sukar untuk mengubah tabiat masyarakat kita yang masih lagi lemah dalam bab-bab kebersihan..susah
    .-= jazmanie menulis diblognya tentang.. Bagaimana Untuk ‘Dual Boot’ Windows XP Bersama Windows 7 =-.

  3. bekerja seperti buka seseorang itu pengotor.kita mesti mengambil sikap yang terbuka.bukan salah mereka atau kita.membersihkan sesuatu yang bersih tu kan bagus.
    .-= mesticun menulis diblognya tentang.. Terbitnya blog Mesticun.co.cc =-.

  4. jangan anggap pekerjaan mencuci tue adalah sesuatu yg kotor..sebab mencuci tue adalah satu ibadah pada kite..janji lakukan la ngan ati yg ikhlas…
    .-= iqone_dinie menulis diblognya tentang.. Jangan Datang Ke Sini Lagi!!! =-.

  5. sebab itu kita sepatutnya bersyukur selalu bila hIdup kita lebih baik daripada oran lain. 🙂
    .-= knightblogger menulis diblognya tentang.. 11 Wonders about Friendster.com =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *