Home / cinta / Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan…

Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan…

Soalan:

Saya sudah berkahwin selama 8 tahun dan dikurniakn anak perempuan…selama tempoh perkahwinan tu saya tak menemui cinta yg saya harapkn seperti mana pasangan lain,hidup saya kosong sampai sekarang dan saya masih mencari dalam diri saya apakah masih ada cinta untuk saya nikmati dan rasai…dan apekah yg perlu sy lakukan bg mengelakkn cinta sy berubah pd perkara yg salah?

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika saya tidak memberikan jawapan yang sesuai, tetapi saya sediakan sebuah kisah yang mungkin berkaitan dengan anda (dipetik dari internet). InsyaAllah…Silalah membacanya:

Cinta Yang Pada Suami Yang Semakin Pudar

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Semoga kisah ini dapat sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan.

About wanwma

Check Also

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang. Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd …

No comments

  1. Petikan yang WanWMA paparkan ni, tak berapa ‘menjawab’ curahan si peluah hati. Saya alami situasi yang sama.
    Pendapat yang saya nak kongsikan; sama ada puan SABAR dan bijak menempuh satu perkahwinan yang usang demi kebahagiaan sebenar (sebab kita tak lama di dunia ni), demi greater good (kebaikan beyond diri sendiri) atau puan berpisah dengan suami secara baik. Faham lah, Allah tak cipta penceraian tanpa sebab. Allah Maha Penyayang dan selagi puan tahu dan faham KENAPA puan perlu bercerai, janganlah ketepikan option ini.
    Tak baik seksa diri, pasti perangai dan cara puan akan berubah dari positif ke negative akibat tekanan (kalau tak mampu kawal, akan jadi orang yg zalim dan bawa dosa)

    Jangan lah takut menggunakan akal. Selagi niat betul, pandai mengatur langkah dgn berfokus ke Syurga Allah, insyallah, usaha lah untuk baiki keadaan dan tawakal banyak2.
    In the end, kita smua akan tinggal seorang saje dalam kubur nanti dengan segala amal perbuatan dari waktu hidup kita. Tak ade orang yang akan tolong kita. Tolonglah diri sendiri dari sekarang.

    • Saya setuju. Petikan artikel ini kurang menjawab soalan yang dikemukan. Bagaimanapun soalan yang diberikan juga kurang jelas maksudnya. Buat masa ini saya hanya berkongsi kisah dari artikel, InsyaAllah apabila sudah mempunyai kelapangan masa, saya akan menjawab soalan itu dari sudut pengalaman, hati dan pengetahuan saya pula.

  2. this the sweetest story ever
    nk copy boleh wanwma?
    =)
    like30X

  3. salam.. saya teringin untk memberikan pandangan berdasarkan luahan hati di atas. Perasaan itu amat aneh dan amat ajaib kejadiannya. Mudah berbolak balik dan tidak tentu pasang surutnya.. Cinta bukanlah hanya untuk menerima, sebaliknya adalah memberi. Kalau hanya mengharapkan cinta yang diterima tanpa memberi apa gunanya.. Dalam perkahwinan, bukan hanya cinta sahaja yang menjadi pengikat, sebaliknya ialah tanggungjawab dan belas kasihan datang bersama melingkari perkahwinan…

    Puan yang merasakan tiada lagi cinta yang dicurahkan oleh suami haruslah berfikiran lebih rasional. Jangan terlalu memikirkan cinta yang patut diberikan dr suami sahaja, sebaliknya kita pula bagaimana? bagaimana kita menyuburkan perasaan romantik pada diri suami? Kita hanya selalu rasa suami patut membelai kita, suami patut mencium kita, suami patut menuturkan kata2 yang romantis buat kita, tapi kita macamna? Usah takut untuk memberi cinta pada suami, kerana dengan pemberian itulah kita akan dapat kembali cinta yang didamba itu….

    Lelaki selepas perkahwinan kurang dapat melihat cinta itu dari sudut emosi, tetapi cintanya ditunjukkan melalui tanggungjawabnya mencari nafkah, menjaga & melindungi keluarganya….

    Selamat berbahagia bersama suamimu tercinta…

    • Alhamdulillah..Perkongsian yang baik dan benar sekali. Jika saya memberikan pendapat, perkara ini juga yang akan cuba saya sebutkan. Terima kasih Nurya!

    • yes… saya setuju dgn baris2 terakhir itu…. lelaki amat sukar mengungkapkan kata2… kasih syg dan cinta yg ditunjukkan hnylah melalui perbuatan mereka… jadi, sebagai seorang isteri, kita harus bijak menilai dan memerhatikan gerak geri suami kita…. apa yang penting, jgn buruk sangka pada suami kerana dia telah menerima tanggungjawab yg besar untuk menanggung dosa2 dan kesalahan isteri… andai ada masalah, try to be open and talk about the problem with him…mmg sukar, tapi demi sebuah mahligai yg indah, try to talk with him… i did, and i got what i want.. 🙂

  4. Berat hendak menjadi moderator menyelesaikan masalah suami isteri.

    Sudah menjadi budaya ketimuran yang tebal pada masyarakat apabila ada masalah rumahtangga masing-masing seolah melarikan dari masalah dari menyelesaikan maslaah dengan berbincang secara matang dan waras

  5. Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” (al-Bukhari) Huraian 1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya. 2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: “Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban) 3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 4. Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).

  6. Salam…
    Cuba untuk menghayati situasi di atas.
    Walaupun sekadar petikan artikel, bisa membuat air mataku mengalir atas jawapan yg diberikan si suami…

  7. artikel ni buat saya mengalirkan air mata…air mata itu menyedarkan saya betapa selama ini saya lupa utk bsyukur ats nikmat suami soleh yg telah Allah anugerahkan utk saya..wlwpun suami seorg yg penuh sederhana tp dia adlh segala-galanya bg saya seorg isteri.. bersyukurlah wahai isteri2 akn suami yg telah Allah kurniakan utk kamu…taatilah dia selama dia tidak menyuruhmu melakukan kemungkaran…terimalah segala kekurangan yg ada pdnya sebagaimn dia menerima kekurangan kita…jgn biar syaitan lassim menguasai akal fikiran kita sbg isteri…

  8. saya suka akan komen komen tu tapi masih banyak kekurangannya , ya tuan tuan semua kita ni mesti bersatu atas keimanan . biar pun dah lama artikel ni berlalu ni baru saya baca mohon maaf lahh kalau salah

  9. sgt2 touching hingga btkn sy menitiskn airmata.sesungguhnya perpisahan sesuatu yg tidak pernah kita inginkn tatkala saat pudar rasa cinta, sbnrnya ianya ada cuma perlu disirnakan oleh kita sendiri 🙂

  10. Apa pun jua atas dasar alam perkahwinan sisuami atau isteri adalah sebagai ujian dalam kehidupan mereka. Sekiranya siisteri (dalam kes ini) akhirnya diceraikan oleh sang suami maka percayalah siisteri akan mendapat seorang suami lain lebih kurang sama perangainya atau mungkin lebih teruk lagi. Ketahuilah ada sesuatu hikmah dalam ‘ujian’ itu yang akhirnya akan terserlah apabila kesabaran,kesyukuran kepada Allah swt mengatasi segala2nya. Apa yang tidak didapati sekarang akan Allah kurniakan jua akhirnya sekiranya kita memahami Cinta itu kita dapati dari Allah kepada Allah wallahuaklam.

  11. Bawak berbincang 🙂 jgn ribut2 dong

  12. Terima kasih atas article di atas. Meskipun saya blm berkahwin tetapi sudah smpai masanya untuk saya bersiap sedia untuk memikirkan tentang perkara ini sebelum menjejaki alam perkahwinan sebenar. Sungguhlah perkahwinan itu bukanlah semuanya seperti bayangan indah yang kita cerita-ceritakan, bukan sekadar sex dan seumpamanya tetapi tanggungjawab! Ketaatan, kejujuran, kesabaran. Paling penting ingatlah syurga kita telah bertukar dari bawah tapak kaki ibu kepada bawah tapak kakinya. Keredhaan Allah terletak atas keredhaannya. *peringatan buat diri sendiri juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *