Home / Artikel Cahaya Islam / Bekerja Sebagai Jurugambar Perkahwinan, Halal Atau Haram?

Bekerja Sebagai Jurugambar Perkahwinan, Halal Atau Haram?

Assalamualaikum..

Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).

Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

httpv://www.youtube.com/watch?v=eEL38IpOmv8

Kredit: Syahirul.com.

About wanwma

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

No comments

  1. lagi satu haram jgk kan kalau ambil gambar pre-wedding?

    • Jika pre-wedding setakat ambil gambar berjauhan antara lelaki dan perempuan itu maka ia harus. Namun seperti yang kita tahu, photo-shoot pre-wedding gayanya sama seperti orang yang telah berkahwin. Berpengangan tangan, berpelukan dan seumpamanya. Maka hukumnya adalah haram.

      • JAKARTA 28 Nov. – Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

        Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

        Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

        Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

        “Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram,” tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

        Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

        “Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah,” jelasnya. Sumber – Berita Harian

    • siti…pre-wedding 2 ape ye?

  2. sangat bersetuju……
    ramai y x sedar sekrg nie n kurang paham…
    sedgkn kalaw dipaparkn gambar kawan y x bertudung di fb kite pn sudah mendapt % dosa……

  3. pre wedding itu amalan pasangan bukan Islam.

    sekarang ni menular pulak di kalangan orang Melayu kita ni.

  4. salam..tertarik dengan artikel ini..nak tnye pendapat plak..kalo videographer cmne yek?? memang pengantin pakai tudung..tapi org yg datang plak x pakai?? and kalo kite amik video tuk pengantin yg memang jenis tak pakai tudung..tapi kite tak publish kat mane2..juz edit and bagi dekat pengantin tu je..adakah duit yg dapat dari job wedding tu still haram?? and kalo ade ilmu2 tambahan mengenai halal haram videografer ni..pohon utk share..sebab saya ade amik job tuk video orang kahwin ni..so, bile terbaca artikel ini..rasa ingin tahu lebih lagi..lagi2 pulak..melalui job tu, dapat duit..tu yang takut sangat2 tuh..huhu..(dari insan yang ingin mengetahui…..)..terima kasih

  5. Saya merupakn bekas jurufoto perkahwinan. Saya meninggalkan bidang ini kerana tidak yakin dengan sumber pendapatan tersebut untuk menyara anak-anak saya. Sukar untuk mendapatkan pelanggan yang benar-benar mematuhi syariat. Walaupun bertudung tetapi berbaju ketat dan kadang-kadang amat nipis menampakkan bahagian-bahagian badan. Sedar atau tidak semasa penganitn berposing untuk mengambil gambar, kita sebenar tanpda disedari melihat bhgn tubuh isteri orang yang dislauti dgn pakaian ketat.

    satu lagi masalah, sekiranya mengambil gambar bersama keluarga atau kawan-kawan mungkin terdaat diantara mrk tidak menutup aurat. Kita tidak blh menghalang mereka ini daripada bergambar , tetapi apabila pengantin mendapat softcopy gambar ini akan ditunjukkan kepada kwn2 dan sebagainya. Lebih teruk lagi diupload ke laman sosial.

    • buat saja wayang blue… dan usaha nabi kita bertahan marua perempuan tergadai serta merta islam di pandan apa jika ada umat islam membuat sedemikian apa marua seorg perempuan bleh di jual blih
      sama menghina ibu sdri

  6. jika haram siapa yg menghalal kn nya… jika babi tu haram apa bleh sesiapa menghalal nya tak????N

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *