Home / Artikel Cahaya Islam / Cara Memutuskan Hubungan Cinta?

Cara Memutuskan Hubungan Cinta?

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi saya kesempatan untuk menulis dan mengemaskini blog ini. Kali ini saya menerima sebuah email yang bertanya soalan seperti tajuk di atas. Jika soalan ini ditanya beberapa hari yang lepas, mungkin agak sukar bagi saya menjawab soalan yang ditujukan memandangkan saya sendiri tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perkara seperti ini. Bagaimanapun hari ini mungkin saya boleh berikan sedikit pandangan mengikut lunas-lunas Islam dan sedikit pengalaman. Namun saya tidak akan berikan sebarang pandangan dalam entri kali ini. Saya ingin melihat pandangan para pembaca terlebih dahulu. Saya mohon agar orang yang bertanya dapat bersabar menantikan jawapannya nanti..InsyaAllah. Soalannya:

Assalamualikum wbt.. saya ingin bertanyakan mengenai cara bagaimana cara terbaik memutuskan hubungan cinta saya dengannya.

kami sebenarnya sudah lama sama2 hendak memutuskan hubungan kami atas dasar takut dosa dan takut mengarah kepada zina, kami masing2 dgn alasan masing2 yg difikirkan logik. (bukan atas dasar dh x sayang)dh masuk tahun ketiga mencuba.. (bercinta hampir 5 tahun). tapi cubaan kami gagal. mungkin perasaan sayang terlalu kuat antara kami.

broken-hearth

saya dan dia tak mempunyai byk masalah dlm hubungan. penyebab selalu gaduh ialah rindu sebab berjauhan dari dia dan jauh pulak dari mak ayah.. kalau saya balik kg kami jarang gaduh bb boleh jumpa klu rindu.. saya pun automatik tak la rindu sangat.. mungkin dah ada mak ayah n keluarga, wat per nak rindu kat dier..haha..

dulu masa awal kenal saya dn dia selalu berjumpa tp masih malu2.. bila saya dapat tawaran ngaji jauh dari dia. dia mula tunjuk kasih sayang dia makin lama makin mendalam menanti hari saya berangkat pergi.

saya awal2 dulu ckp nak putus takut ggu pengajian bb saya pelajar yg fokus study (best student kot). tp usaha saya berpisah ngan dia tak berjaya apabila saya selalu rindukan dia. dia sangat baik. (yer la org bercinta semua nampak baik jer)

setiap kali sebelum tidur menjadi kebiasaan dia akan mencium saya (flying kiss) melalui telefon dan kami akan gaduh klu dia tak mencium saya dan begitu sebaliknya. tapi sekarang saya dan dia sudah kurangkan tabiat itu. mungkin kerana bosan atau takut dosa.

kami sama2 akan menamatkan pengajian lagi dua tahun (degree). lama lagi hendak bersama tanpa ikatan sah. saya risau juga takut paper jdi kat kami. klu berjauhan xper. tp bla saya blik cuti, masing2 nak tunjuk kasih sayang masing2.. nak dibelai nak keluar makan selalu… saling suap.. mcm2 laa… jln2…

kami sebenarnya dh bagitau hasrat kat mak ayah tp mak dia ckp bg habis ngaji n dia kata dier nak ada sekurang2nya kereta untuk jd suami saya. lagipun dia xda duit nak pinang saya. sama2 ngaji katakan.

saya tak kisah dier ada ker xda duit. yg sy takut kami terlanjur klu tahan lama2. mak ayah sya x kisah klu ada orang minang, terima jer wat per simpan lama2 klu tambah dosa untuk diorang jer. betul juga. tp diorang harap saya habiskan pengajian dulu la sebelum kahwin. dia janji akan masuk minang sebelum saya posting nanti. dia kata dia akan ikut di mana saya dipostingkan. kami sebenarnya bila jauh dari ibu bapa, kami sangat memerlukan. dia di rumah sewa dan saya hostel jauh dari mak ayah. saya akan kesunyian. dan dia perlukan saya untuk gembirakan hati bila jauh daripada ibu bapa.

saya dan dia masing2 aktif di pusat pengajian masing2.. kami jenis yang tidak suka berdiam diri. tapi masing2 akan telefon minta kiss klu dh letih buat kerja or study n dengan cara tu menaikkan semangat dan menghilangkan penat.. saya dan dia selalu juga nasihat menasihati pasal perhubungan kami. dia selalu nasihatkan saya supaya kawal perasaan rindu kerana berjauhan. tapi bila dah dekat kami seperti tidak terkawal.

dia akan marah saya dan saya juga akan marah dier apabila kami sama terlanjur mencium dan bercumbu.. tapi itu selepas dah buat. dan masing2 ingat mengingati tapi tu la bila setan dah ada dalam diri masing2 xleh kawal. kami masing2 sayang dan harap berkekalan sampai akhir hayat. dia pun dah cakap xkan biarkan saya jauh dengan dia selepas saya tamat pengajian nanti.

yang merisaukan saya 2 tahun yg masih berbaki takut masing2 tak sedar dengan dosa yang telah banyak kami lakukan yg mungkin Allah dan keluarga tidak redhai kami. saya dan dia masing2 dh kenal ahli keluarga dan sanak saudara. dia akan memperkenalkan saya kepada saudaranya sekiranya saya bertandang ke rumah dia apabila ada majlis keraian berbanding saya. saya takut kerana ayah saya tidak benarkan dia datang ke rumah. kami tinggal di kampung. orang kampung akan ckp yg bukan2. tp ayah saya dan mak tahu saya dan dia berkapel. rumah kami tidak jauh mana. dalam satu daerah kot.

saya selalu kalau nak keluar berjalan2 akan bersama dia. ayah kadang2 marah sebab terlalu kerap keluar, kadang ok bab dia tahu saya sunyi di rumah sendirian. akak dan abang saya semua dah bekerja dan ada yang dh berkeluarga. saya pula tak suka sendirian. saya biasa berkeluarga besar. sebenarnya, saya tak risau sangat tentang hubungan kami klu berjauhan tapi bila dekat 2 jer.. xdapat nak cerita.. banyak sangat dosa pegang tangan, cium, peluk… aish malu lah… klu famili tahu.. mesti diorang sedih..

lagipun, dulu saya tomboi. xsuker lelaki yg bercintan. saya dulu ketua pengawas. paling anti org bercouple dlm sekolah. tp bla tamat spm, saya yg terbercinta. aduh..!

klu putus takut lak saya yg xleh duduk. ggu pelajaran. saya yg merana nanti.. huhu

so, saya harap bagilah pandangan terbaik untuk saya berpisah dengan dia dengan cara terbaik atau saya xperlu berpisah? atau ada cara lain yg mampu kekalkan hubungan kami dalam keadaan suci dari dosa2..

tolong kami.. kami perlukan bantuan. ramai kwn cakap xpayah putus tapi.. bila saya muhasabah diri… mcm perlu! entah tak tahu caranya.. tolonglah kami.. hubungan kami dah lama… dari kenal kawan biasa, rapat dan bercinta dah masuk 7 tahun kenalan kami..

tolong saya!!! saya sgt perlukan dier tp pd masa yg sama takutkan ALLAH.

berilah kami panduang.. terima kasih..

Beginilah soalan yang diberikan. Adakah sesiapa dapat memberikan pandagan bernas mengikut aturan Islam dalam menangani masalah ini? Mohon bantuan dan kerjasama anda semua untuk memberikan pandangan dan langkah-langkah terbaik supaya dapat meringankan beban sahabat kita ini. InsyaAllah saya sendiri akan memberikan pandangan pada entri yang akan datang.

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. Assalaamu’alaikum

    Indah berpendapat memang sukar untuk berpisah dalam situasi di atas kalau hati sudah melekat dan dosa sudah dibuat. Tetapi akan lebih mudah berpisah jika dua-dua sudah sepakat.

    Halangan hanya pada kekuatan diri sahaja. sepertinya masih rapuh dan saling memerlukan. hal ini membuat sukar untuk berpisah. maaf Indah tidak memberi jalannya, sekadar menyatakan apa yang ada diminda agar berfikir dengan penush realistik. Jangan bermain dengan dosa.

    Salam dari Indahkasihku.
    .-= IndahKasihku menulis diblognya tentang.. JIKA AKU TIDAK SEMPAT MEMBAYAR HUTANG =-.

    • Segala yang di laku kan itu adalah menghampiri zini…HARAM……Jangan menghampiri Zina..banyak ingat Allah dan pembalasan hari Akhirat jika mati dengan tidak sempat bertaubat…..akan di masukkan kedalam NERAKA Berdoa untuk kuat kan iman, Jangan tinggal solat. Ingat lah anda sekarang sedang di goda oleh Syaitan.

  2. kerana dosa kekadang manusia ni sanggup buat apa sahaja tapi kerana cinta waduh.. kenapa berat sekali?

  3. Salam wan… mintak maaf lama tak singgah… hurm mengenai masalah diaorang nie.rasanya diaorang boleh meneruskan perhubungan..tetapi tak boleh berjumpa. itu sahaja… tapi kalau nak berjumpa kena ada teman…2,3 orang …elakkan 1by 1..
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.

  4. salam..

    huhu kisah percintaan yg menarik tapi dlm masa yang sama berzina secara terbuka..huhu..

    rasanya baik jagn slu brjumpa..bak kata zik kna bwak kwn2 atau adik brdik yang lain masa dia date supaya ktlanjuran tdk akn berlaku..

    skrgjan byk kes2 pembuagan bayi..huhu..takut btul suri mendgarnya di dada akhbar..media elektronik..klu blh cubalah elakkan..huhu..

    • ya! Saya pun setuju dgn kata zik tu..mcm tu la sebaik-baiknya, tapi kalau terlalu bnyk perkara buruk daripada baik, lebih baik berpisah..

  5. salam..ukhuwah..
    Ingat pada cinta yang sejati.. Cinta pada Allah..
    Fikirkan siapa yang selama ini memberi kita rezeki,nafas,harapan,nyawa,kebahagiaan.. Kalau bukan Allah. Solat Istikarah minta petunjuk ke jalan yang benar.. lpas tu lupakan teman lelaki saudari.. kalau saudari dan teman lelaki saudari ada jodoh,pasti tidak akan kemana,Berjihat di jalan Allah. Tinggalkan dosa,kerana kalau Allah mencabut nyawa kita,di manakah tempat kita disisi Allah. Subahanallah..
    Semoga Allah SWT sentiasa menjauhkan kita umat nabi Muhammad SAW dari segala dosa dan maksiat..amin

  6. pandangan saya:

    1) kalo dah suka sama suka baik dikawinkan sahaja.
    2) Rezeki kan ditangan Allah: malah Allah dah janji…(boleh rujuk pada hadis2 yea)
    3) kenapa nak dipisahkan pulak? adakah ada jaminan jika dipisahkan.. mereka tak akan buat perkara tak baik tu pada orang lain? sebagai melepaskan rindu..saya rasa jika dipisahkan takut2 meambah lagi stok buat dosa..
    4) takut mak ayah tak kasi…mak ayah tak kasi ada sebab:
    1) ekonomi = jika si lelaki tu sanggup nak berkorban & bersungguh2 nak jadikan isteri dia sanggup buat part time kerja + belajar. (tak apalaa susah sikit) + pompuan tu bantulaa jugak.
    2) study tak habis = kalo dah otak tak boleh masuk apa yg dipelajari tak guna juga…

    Sekian pandangan

  7. assalamualaikum… sy pun pernah mengalami masalah yg sama.jangka tempoh pun lebih kurang sama…. tiada yang lebih penting dari ALLAH S.W.T.kita memerlukan manusia,tapi kita lagi memerlukan ALLAH S.W.T.jangan kerana cinta pada manusia kita ketepikan cinta pada ALLAH S.W.T,cegah kemungkaran.sy berkata kerana sy pernah merasa sakitnya…yang lelaki mampu dan bersedia dari segi zahir dan batin(pengakuan dia) tp perempuan belum bersedia dan masih serba kekurangan.ambil pendekatan,face 2 face dan terangkan secara elok2,memg susah tapi kita cuba kerana ALLAH S.W.T.berdoalah agar petunjuk selalu ada dan sabar menghadapi segala masalah yang berkaitan dengan perasaan…tinggikan cintamu pada ALLAH S.W.T untuk kebaikan bersama….jodoh d tangan tuhan…..dan jodoh tidak kemana.wanita yang baik untuk laki yang baik..insyallah.

  8. Salam ukhwah..
    Perasaan yang dia rasa sama macam yang pernah saya rasa. Tapi tak sama seperti perhubungan mereka..Perasaan takut melakukan dosa menunjukkan kita masih ada iman.

    Apa yang pernah saya buat, solat istiqarah. Jangan putus. Buat berkali2. Kalau perasaan tak boleh hidup tanpa seseorang itu wujud sebelum itu, mungkin selepas solat ini hati kita lebih tabah. Atau lebih jelas, kita kan mampu untuk melawan hati andaikata niat untuk berpisah.Ataupun..lebih jelas untuk membuat keputusan.

    Elak berjumpa bukan jalan terbaik. Mungkin sesetengah orang mampu berbuat begitu, tapi ini akan menimbulkan curiga dan perbalahan antara pasangan.Tapi andai ada jodoh tak kemana..

    Berpisah seketika juga baik. Niat asalnya mengelak dosa seperti niat adik tadi. Tapi masa yang sama, berpisah seketika mungkin akan menduga hati. Dia jodoh atau sebaliknya..Apa yang penting, niat kita..

    Sebaiknya, mencari yang halal..mencari kesempurnaan hidup..seterusnya menyerahkan jodoh pada Allah..pasti ada seseorang untuk kita..Insyaallah..

  9. assalamualaikum wtw….
    cinta yg m’hampiri zina patut d’jauhi,kita sndri tahu thap kmampuan kita tuk mngawal nafsu bila b’dua2n t’utamanya ngan bkn mahram. klu kita sndri rasa xdpt nak kawal baik kita jauhinya tkut nasi m’jd bubur.
    mohon ptnjuk drpd allah swt,ssgguhnya drpd dia kita dtg maka kpd-NYA la jua kita kmbali jd apa2 pun mohon ptunjuk drp-NYA insyallah ALLAH lbih mngetahui apa yg t’baik buat stiap hamba2nya.
    Buat apa kita tkut k’hilangan org yg kita syg klu smata2 kita nak pthankn k’sucian cinta kita. ALLAH maha m’lihat stiap p’lakuan kita,ptunjuk m’rupakn p’tolongan drp ALLAH swt skiranya anda m’rasa tkut tuk m’lakukn dosa itu b’makna ALLAH masi ingin m’lindungi kita drpd pkara2 maksiat…
    lau kita nak pasangan yg baik kena b’mula dr diri kita sndri jd letaknya d’hati,fikirnya d’minda….
    wassalam…

    • Saudari rose, sy nak tny awak sbb sy rasa awak bg good view. Sy da bercinta dgn suami org.we love each other.and benda ni da acknowledge ke wife and family kedua belah pihak.wife die xdpt trme.she having bad depression. Tp suami die xrasa syg kat die.he choose me but sbb die depressed he cannot leave her. Dorg baru setahun kawen n xde anak.before sy muncul lg mmg dorg da de prob.salah sy ke?sy rse bersalah sbb wife die depression. But at the same time sy xdpt nak leave him because i love him.and what make it worse die pn syg kan sy.sy da try jauhkan diri but xberjaya sbb he keep looking for me.sy bingung..xtw ap nak buat.sy byk berdoa n solat but until now benda still sama.kami still jumpa. Sy xhappy mcm ni.tolongla sy.thx

  10. Salam…

    pandangan saya
    1- lakukan solat istikharah, berserah kepada Allah. if Allah dah beri petunjuk yg si dia pasangan kamu nanti tak perlu la takut untuk lepaskan hubungan yang tak halal tu.

    2- Jangan takut buat keputusan.Menghampiri zina itu berdosa besar. lebih baik takutkan kemurkaan Allah daripada takut dgn si dia yg belum pasti hubunganya.

    3- bertindak dalam keredhaan Allah. Jika Allah redha insyaAllah hidup bertambah barakah nya.

  11. assalamualaikum…

    dari pembacaan saya td…amat jelas sekali anda terlau mencintai dan menyayangi dia…di sini saya mahu anda berfikir berapa peratus anda menyayangi dia? jika jwapan anda 100%, bermakna anda telah beri sepenuh kasih sayang…dan cinta anda hanya untuk dia.. ke mana cinta dan kasih sayang anda untuk Allah dan rasul…untuk keluarga anda. tapi saya yakin, dari tulisan dan luahan anda, saya dapat rasakan masih ada peratusan untuk anda menyintai Allah dan rasul serta keluarga anda. tapi persoalannya, sebanyak manakah peratusan anda menyintai Allah dan rasul serta keluarga anda? adakah melebihi dari anda menyintai teman lelaki anda, ataau sebaliknya. jika anda meletakkan keperatusan anda menyintai dan menyayangi Allah lebih dari dari anda menyayangi dia, nescaya anda boleh meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah..berkapel dan keluar secara berduaan tidak digalakkan dalam Islam dan mendekatkan diri kepada zina. malahan Allah juga telah menegaskan jangan menghampiri zina..jangan menghampiri, apatah lagi kalau kita melakukannya…bukan niat saya untuk meruntuhkan hubugan anda dengan dia. pokok pangkalnya hati kita. bila cinta kita lebih kpd Allah, tidak mustahil kita blh meningglkan semua itu termasuk org yg paling kita syg dlm hdup kita. tapi percayalah, sekiranya kita berbuat sesuatu meninggalkan sesuatu larangan Allah hanya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan bagi berlipat kali ganda nikmat dan pahalanya kpd kita. mungkin kita kan mendapat yg lebih baik dr skrang. saya sndri meningglkan exbf sy, krn Allah..krn takut kpd Allah. dn skrg Allah mengurniakan sy rezki yg melimpah ruah..xputus2 rezki yg sy dpt..alhamdulillah…sedikit demi sedikit, khabar baik dan rezki yg Allah bg kpd sy secara berterusan. alhamdulillah.. dan sekarang, Allah mengurniakan saya seorang lelaki yang membimbing saya ke jalan Nya, insyaallah…dia sekarang sedang mengerjakan umrah di tanah suci.. sehingga sy sndri mrasa tdk layak utk bersamanya..tp matlamat kami hnya satu..berkasih sayang kerana Allah..rindu merindui krn Allah…semuanya krn Allah…dan nescaya Allah akan menyayangi kamu lebih dari itu.. jadi anda berfikirlah dengan mata hati nurani anda. apa yang anda mahukan dalam hidup..sama ada keredhaanNya atau pun sebaliknya. sentiasa minta petunjuk drp Allah dlm membuat keputusan..dan yakinlah, Allah maha mengetahui akn apa yg Dia lakukan.

    di harap, pendapat sy dpt mmberi sdikit manfaat pada anda.. sekian…

  12. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Allah Maha Penyayang akan menyelamatkan kamu kerana kamu sudah mempunyai hasrat yang baik iaitu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ternyata berdosa. Solat dan minta pertolongan Allah. Kemudian ikuti pengajian fardhu ain – tauhid, tasawuf. Ikutilah klip-klip video syarahan daripada ulama-ulama untuk mengisi kekosongan jiwa. Cadangan: klip video Ustaz Azhar Idrus. Dekatkan diri di tempat-tempat dan rakan-rakan yang cenderung kepada Islam. Semoga Allah membantumu.

  13. assalamualaikum..sy rsa perkara ini rata2 terjadi dlm hubungan sosial remaja sekarang..pkra yg sy rsa susah dlm kehidupan ialah untuk memujuk hati…pujuk la hati..ingtkan hati supaya bersabar..sabar dengan ujian yang diberikan oleh-NYA..pkra ini jgk prnah trjadi kpda sy..kdg2 kita perlu memujuk hati untuk membuat pkara yang betul d cc agama..kadang2 sy terlalu merindui kekasih hati sy tetapi sy terlupa untuk merindui Pencipta sy..sekiranya ad mslah n x de tempat nk luahkan ingt ALLAH SWT sntiasa ad untuk kita mgadu..berbicara lah dlm solat..seeloknya solat d tgh mlm membuatkan kita kuat n membuatkn kta lebih kuat drpada sebuah batu..sekiranya kita lemah dengan hawa nafsu solat la dengan sepenuh hati..Dalam solat terdapat byak rhsia kepada semua msalah harian…dlm msa yg sma ingt ALLAH swt tidak pernah meninggalkan kita seorang diri..cma kta yg slalu meninggalkan ALLAH dlm setiap pkra yg kta lakukan…

  14. chenta Allah e2 pasti

    assalamualaikum…
    cinta e2 kdang2 mbahagiakan…dan kdg2 cinta e2 jgak akn bawak kta ke lembah kemurkaan Allah..sekadar perkongsian..dlu,sy jga pernah berkapel..msa bekapel,mmg la kn…yg masin pun rsa manis..tp eentah,dari skolah sy suka dia..tnam dlm hati doa sungguh pd Allah yg sy nak dia..tp,bla slalu kluar..prasaan takut pd Allah tu dtg..takut Allah laknat..jd,sblm buat kptsan sy istikharah slama sbulan utk taw jwpn perlu bpisah@x..pling kurang pun bpisah utk smentra..alhamdulillah..Allah tnjuk jln wlupun perit kita nk lupa..mmgla,mnangis tu ush ck..tp,percayalah..klu kita cinta dia krn Allah..Allah akn pmudahkn..yg perlu kta tanam…Yakin Pada Allah..Allah thu yg terbaik buat hambaNya,,YAKIN..

  15. Nak elak dosa..tapi jodoh belum sampai..

  16. Saya juga mengalami situasi yg sama dgn saudari di atas. Tapi sekarang tengah process nk break up.(*maaf menyibuk kat ruangan ni.. sape xnak bace, its ok. :)) Sebenarnye dah byk kali try break up tp xboleh.hati masih sayangla katekan. Tapi walau ape pun kami harus berpisah disebabkn halangan keluarga. Mak mahu yang berjawatan tinggi, ayah pula kalau boleh nk calon menantu yang sama negeri dengan kami. Kebetulan si dia adalah antara negeri yg dilarang.. ayah dengar je dia dari negeri tu, terus reject. *parents sy xpenah bersua muka lagi dengan dia. Malahan ayah pernah beri amaran untuk terus putuskan hubungan kami.

    Waktu bersama, dia melayan saya dengan baik(kami dah 3 tahun kenal). Apa saja kami mahu (tengok wayang, go-kart, makan di restoran mewah dll),pasti akan dituruti oleh masing-masing.Kalau nk cakap bab duit sepanjang perkenalan kami, memang kami dah habis beribu-ribu.

    Tapi bile saya mintak break up perangai dia mula berubah. mula2 tu pujukla baik2 dengan lembut. Lepas tu, dia pujuk dengan cara kasar pula. ugutan demi ugutan akan dilemparkan. Die pernah mengugut akan memberitahu parents saya akan hubungan kami(yela, parents da suruh brek, degil teruskan juga). Sebab dia tahu kalau parents saya mengetahui akan hubungan kami, memang mengamuk sakanla jadinya. Saya tersepit antara parents dan si dia yg xakan melepaskan saya. Bila kami berbaik semula, dan ditanya kenapa dia brtndak mengugut saya, dia cakap sbb dia sayangkn sy dan xmahu kehilangn sy. Sekarang sy dah naik muak dengan perangainya. Dia tetap xberubah. Sekarang, memndangkn sy tengah mintak putus dengannya, maka semua ugutan-ugutan tu datang semula. He became not the type of person that I have known. 🙁 Dalam masa yg sama, bila kami putus, sy takut akn menjejaskn pelajaran saya (tahun terakhir pengajian) memandangkan dialah yg selama ini memberi semangat utk belajr. Saya nk pulang ke pangkal jalan, kepd Allah, family, dlm masa yg sama tak boleh keluar dr situai ini. Anyone,,please.. berikan pendapat.

  17. It’s awesome to pay a visit this web site annd reading the views of all friends about this post, while I am also zealous
    of getting experience.

  18. In the same boat

    Saya juga mempunyai masalah yg sama . Setiap kali timbul perasaan ‘break up ‘ mesti ada halangan yg dtg .. selama ini , dia (lelaki) tmpt sya bergantung harap bila dduk di bandr . Pelbagai cara, nasihat yng saya minta dri kawan2 . Ada yg positif dan ada yg nagetif . Yang saya tak faham . Waktu nak luah kan ape yang saya rasa ( break ),seolah2 dia tahu . Dan si dia meluahkan prasaan yang begitu meyakinkan , yang memberatkan hati sya untuk berpisah dngn nya . Ditambah pulak , dngn masalah kesihatan Mak dia . Dia memerlukan saya sebagai semagat katenye . Saya naik bosan dngan prangai yang mengongkok tapi perasaan syg tu masih ada .. masih kuat .. bile keluar dngan dia , saya merasa berdosa , bodoh dan menyesal .. saya tak tau macam mana nak berpisah dngn dia cara yang elok tnpa menyakiti hati dia . Dia minta agar saya tak tingglkan dia dan saya selalu cakap kalau jodoh tak kemana dan dia mula berubah mood .. seolah2 dia tidak suka .. saya memerlukan nasihat dan pandangan untuk masalah ini .

  19. Assalamualaikum…

    Saya cuma nak cakap yang kisah ni pun sama dengan kisah saya,even dari zaman sekolah lagi saya dah bercouple,banyak yang terjadi,semua zina mata,zina hati,zina tangan,…semua tu nabsu semata mata,saya pernah nak terlanjur tapi time tu,sumpah saya teringat Allah dan terbayang muka ma ayah saya…

    Time tu saya cepat2 lepaskan dia,saya takut,kenapa saya jadi macam ni,nak kata ayah tak didik,ayah dah bagi didikan agama yang cukup,maybe saya salah dalam memilih teman lelaki,tapi dia dari sekolah agama,kenapa dia tak dapat bimbing saya,itu semua nabsu semata mata…..saya putuskan hubungan dgn sidia,segala ugutan saya terima,tapi saya tak pernah balas atau marah…saya off hp dan tak reply teks dia…hubungan kami berakhir mcm tu je…

    Then tamat spm ,saya sambung diploma,saya berjumpa dgn seorang lagi lelaki,yang ni lebih matang,tapi,hmmm si dia ni juga tak dapat nak bimbing saya,kalau jumpa mesti pegang tangan,kiss,semua tu dah biasa….tapi takut tu mmg ada,tapi saya takut kalau dia tinggalkan saya,sebab sayang…hmmm…tapi saya terpaksa fikir utk lepaskan dia…di samping tu ayah selalu pesan,jangan couple,tapi saya degil,saya ttp couple….mcm mna saya nk buat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *