Home / cinta / Cerita Cintaku

Cerita Cintaku

Artikel ini adalah karya dari pembaca CahayaIslam.net
__________________________________________________

Aku seorang manusia biasa.. dan ya.. aku juga punya perasaan.. Nak dimulakan cerita,, segumpal darah yang diciptakan dalam dadaku ni dimasukkan olehNya satu perasaan. Pada awalnya, aku cuba endahkan, ‘tak ada apa2 kot, tak kacau pun’. Tapi DIA ada menyebut dalam kitabNya yg aku sangat cintai,

“Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Aku sedang diuji. DIA mahu uji sama ada aku ni betul-betul kuat atau tak.. mungkin keadaan pada waktu tu memberikan kesan yg mendalam kepada aku. Sungguh demi cintaku kepadaNya, aku tidak gembira perasaan itu singgah ke dalam hatiku. Banyak kali air mata ini jatuh cuba menidakkan sesuatu yg ada tetapi tak dapat dilihat. Sungguh aku tak suka macam mana sesuatu yg tak dapat kita lihat boleh menyebabkan rasa sakit dalam hati kita.

Ujian ternyata semakin berat untukku kerana keadaan membuatkan aku keliru. Aku berperang dengan diriku sendiri. Aku tahu perasaan ini datang tanpa aku mahu dan sedari, mungkin kerana kebaikannya yg ditunjukkan kepadaku. Astaghirullahal’azim,, ternyata aku belum cukup kuat.

Aku tahu bahawa aku berazam dan berjanji dgn diriku yg aku tak nak bercinta selain cinta yg halal. Yup, ada satu je,,cinta selepas nikah. Aku bukanlah seorang hambaNya yg sangat baik, tapi aku ingin menjadi baik di mataNya. Aku ingin DIA mendengarku, tidak mengendahkanku, dan sayang kepadaku. aku tahu perasaan yg didatangkanNya ini benar-benar ujian untukku. Aku tahu perasaan ini tiada nilai di mataNya. Tiada guna pun kalau aku kejarkan perasaan ini. Tapi…aku ialah hambaNya yg lemah. Hatiku belum cukup kuat.

Dan DIA sentiasa menjadi tempat kembaliku. DIA paling memahamiku, dan sungguh perasaan yg ada itu membuatkan aku rasa bahawa aku telah menduakan cintaku kepadaNya. Dan….aku tak tahu nak buat apa. I’m totally clueless. Aku tak tahu dgn cara apa boleh aku selesaikan atau hentikan perasaan ini. Beri tahu kepadaku kalau ada cara utk menghilangkannya dgn cepat? Aku sering sebut dalam doaku agar aku ditunjukkan apa yg harus aku lakukan.

Mungkin bagi setengah orang, perkara ini sesuatu yg remeh. Dan ia sepatutnya remeh juga utk aku. Tapi aku tidak tahu kenapa DIA menjadikannya sukar utk aku. Inilah ujian yg dipilihNya utk ku.

Ini antara apa yg pernah aku terfikirkan.. macam mana kalau aku lupakan dia, tapi rupa-rupanya dia jodohku? Macam mana pulak kalau sebenarnya dia bukan pun jodoh aku, tapi aku telah menyimpan harapan, buang masa pulak? Takde jawapan yg tetap kan?? Mungkin soalan-soalan ni yg membuatkan semua ni susah utk aku. Tapi kadang-kadang terasa lawak juga bila fikir balik.. kenapa nak fikir pasal jodoh ni sekarang? Lupakan je… sepatutnya macam tu kan. But, I couldn’t. It’s hard to not thinking about it. Kenapalah hati ni degil sangat ya Allah…

Sebab aku tahu benda ni ke?

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:

“Tiada yang lebih baik bagi dua orang yang bercinta melainkan perkahwinan.”

Tetapi kami ni saling bercinta ke? Wallahu’alam. Hanya DIA yg dapat menjawabnya.

Aku hanya berkawan baik denganNya. Alhamdulillah sepanjang kami berkawan, aku menjaga sebaiknya batas antara kami. Bukan dgn dia sahaja, malah dgn lelaki ajnabi yg lain juga. Aku akui aku ni seorang yg pemalu, jadi amat sukar utk aku rapat dgn mana-mana lelaki. Bila dah betul-betul kenal baru aku rasa selesa nak bercakap. Ada yg cakap aku ni sombong, tapi tak apa, aku lebih selesa begini. Dan…ada juga yg cakap aku baik, sebabnya kerana aku lemah lembut? Aku tak suka dinilai macam tu. Pada aku cukuplah DIA sahaja yg menilai macam mana seseorang manusia tu. Aku bukanlah lemah lembut, aku cuma berusaha menjaga butir bicara ku dengan adab supaya tak sakitkan hati mereka yg bercakap dgnku. Baginda juga sentiasa bermanis muka dan menjaga percakapan dgn orang di sekliling baginda, aku pun nak macam tu.

Mungkin kerana ‘kebaikan’ ku yg ini, dia baik kepada ku. Dan,,dari satu sudut, aku berasa sakit hati. Baik kepadaku sebab aku baikkah? Kalau aku jahat tentu perasaan ini tak wujudkan?

Aku dan dia pernah berhubung suatu masa yg lepas. Mungkin perkara ni tak janggal utk aku sebab kami dah biasa berhubung atas urusan pekerjaan. Dalam masa aku tidak sedar, banyak perbualan antara kami. Dan Alhamdulillah, DIA yg sentiasa sayang kepadaku telah mengingatkanku bahawa komunikasi antara ajnabi itu hanya boleh berlaku atas perkara-perkara yg penting sahaja,, tidak boleh lebih dari itu. Aku mahukan redhaNya, jadi aku tidak berfikir panjang utk menjauhkan diri dari dia. Mungkin dia sedar aku kurang and akhirnya tak tegur dia macam dulu. Atau ntah-ntah dia tak sedar pun? Biarlah,, begitu lebih baik.

Beberapa minggu lepas aku terbaca satu artikel yg menyayat hati tentang sepasang suami isteri yg meninggalkan dunia dalam keadaan yg baik. Mereka ada lagu cinta. Wah, lagu tu best! Sebab teruja aku sempat download lagu tu. Pernah juga terfikir nak dengar lagu tu dengan dia. Merepek! Nonsense! Serabut je. Tak apa aku simpan lagu tu untuk bakal suamiku nanti. Serabut lagi! Aku tak suka fikir khawin-khawin ni sangat sebenarnya, bual-bual kosong bolehlah. Lebih baik aku fikir benda lain macam agama and pelajarankan? Itu yg sepatutnya, tapi aku masih terganggu oleh ujianNya yg satu ini..

16 Ramadhan 1433 Hijriah :- Dengan izin DIA yg sangat aku kasihi, aku telah bermalam di Masjid Shah Alam. Alhamdulillah aku seronok sangat kat situ. Aku tersangat seronok sampai satu tahap pada malam tu aku nak sangat berkongsi rasa gembira tu kat dia. Entah macam mana, walaupun dah lama aku tak ingat dia kerana terlalu mendambakan kasih dan redhaNya, tiba-tiba dia muncul dalam ingatan. Aku sedar kekhilafanku. Aku tahu betapa belum cukup baiknya diriku dimataNya. Dan..aku kembali lagi kepadaNya,. Tapi kali ini, aku kembali dengan sepenuh hati. Aku tak kisah keadaan di sekelilingku. Biarlah sehodoh mana pun aku menangis. Apa rancanganNya utk ku malam itu? Kenapa DIA menjelmakan dia dalam ingatanku? Aku tidak tahu.. aku risau ya Allah..

Dengan sepenuh hatiku, aku berserah kepadaNya. Meminta supaya diberikan jawapan kepada persoalan hati. Persoalan hati yg mungkin remeh di mata sebahagian daripada kita hambaNya, tapi persoalan ini boleh membuatkan DIA tidak redha kepadaku.

Subhanallah! Ini jawapannya kepadaku..

‘…..Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yg agung’

Surah At-Taubah, ayat 72

Air mataku tak berhenti mengalir pada malam itu. kau mahu cinta dia atau redha DIA? Inilah jawapan dariNya. Aku tahu aku dah jumpa peleraian cerita cintaku. Dan pada malam itu aku merintih sepuas-puasnya kepada DIA. Walau bagaimanapun, aku tak lupa utk doakan dia, supaya dia juga kasih dan cinta kepada DIA, malah lebih dari aku mencintaiNya.

DIA sudah lama mencintaiku, tapi aku yg seakan-akan masih mencari-cari walaupun DIA sudah lama memberikanku jalan kepadaNya. Sungguh DIA yg aku kasihi ini, cintaNya lebih bernilai dan tidak terkira berbanding jika aku mendapat cinta dia. DIA maha Indah, DIA sangat suka jika aku hanya menumpukan ingatanku kepadaNya pada malam-malam hari. Sujudku dalam solat membuatkan aku terasa dekat denganNya.

Biarlah jauh dgn dia, asalkan aku dapat dekat dengan DIA. DIA lebih aku kasihi daripada dia.,

So I rather choose Him over you, wahai cintaku hatiku.

Oleh itu, perkenalkanlah, DIA, cinta jiwaku dunia akhirat, Allah SWT. Biarlah aku dapat menjadi sama sedikit seperti Rabiatul Adawiyah, walaupun tak dapat jadi sepenuhnya seperti dia.

Biar kita buat-buat tak kenal sekarang, asalkan kita kenal nanti di sana.. atau setelah semuanya menjadi halal sekiranya Dia mengizinkan jodoh antara kita.

And for now, I’m running towards you ya Rabbi..

About wanwma

Check Also

Cinta, Tolong Sampaikan Kepada Si Dia

Cinta.. Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung …

No comments

  1. HaMba mU ya Rabb..

    subhanallah..cerita ini sepertinya berkaitan dengan hidup sy..tolong sy utk kuat dan tabah sepeti awak..semoga ALLAH SWT memudahkan perjalanan kita..teruskan istiqamah..

  2. tahniah adik dapat menghadapi situasi adik dengan baik sekali itulah muslimat sejati. firman Allah dalam surah Al baqarah ayat 216..”Boleh jadi yang kamu benci itu amat baik bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu pula amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Buat Dirimu Yang Bakal Menjadi Suamiku
    “Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..

    Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..

    Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..
    Aku sayang kamu kerana Allah…”
    Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

    Amalkan doa surah al furqan ayat 74…dan doa bertemu jodoh di blog darulsyifa..kemudian bertawal dan yakin pada cinta Allah…amin

  3. subhannaAllah.. teruja membaca kisah ini. tahniah kerana bisa untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. semoga saya juga dikurniakan hati yang kuat jika menghadapi situasi seperti ini

  4. Cerita Cinta yang Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *