Home / Uncategorized / KATA AL QUR’AN TENTANG USIA

KATA AL QUR’AN TENTANG USIA

KATA AL QUR’AN TENTANG USIA:

1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam… kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita… kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita… kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita… kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita… kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita… kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

7. Begitu juga hati kita… semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An’am : 32 )

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *