Home / Artikel Cahaya Islam / Kenapa Hari Valentine Haram?

Kenapa Hari Valentine Haram?

Anda boleh copy gambar di atas untuk dimasukkan ke dalam blog, Facebook atau mana-mana saja yang anda rasa sesuai untuk menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan anda.

The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.

Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi Pertama

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)

Versi Kedua

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.

Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)

Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Dipetik daripada:

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

17 comments

  1. assalamualajkum,saya di sini ingin mengucapkan rasa syukur kepada ALLAH kerana telah memperingatkan saya tentang hari kekasih..sekarang baru saya tahu yang hari kekasih haram di sambut oleh orang beragama islam…saya berharap selepas ini wanwma akan menghantar artikel yang seterusnya ke facebook saya….

  2. MOH NURZAHIN FADHLI

    ya ana setuju bahwa orang islamdi haramkan nuntuk merayakan harirayanya orang kafir.

  3. Saya Bukan Kafir, Saya Kristian

    Amalan yang baik memberi nasihat kepada rakan-rakan seagama, tetapi bukanlah bijak namanya sekiranya mengaitkan keburukan itu dengan agama lain. Sejarah yang anda kemukakan diatas, semua org boleh dapatkannya di Wikipedia ataupun mana-mana sumber di alam siber dan kebanyakkan samada TIDAK BENAR ataupun hanya KEBETULAN semata-mata. Sekiranya anda ingin mengaitkan sesuatu penulisan dengan agama lain mahupun tentang sesuatu yang anda kurang arif, eloklah rasanya anda bertanyakan SESEORANG yang boleh dipercayai dan bukan berdasarkan apa yang anda baca, dengar daripada orang yang mempunyai latarbelakang yang sama dengan anda mahupun sekadar melihat sahaja. Anda perlu mengalami sesuatu dan dalam hal ini, bertanyakan pada orang-orang mahir agama Kristian (yang anda gelar Kafir) supaya anda mempelajari sesuatu yang baru dan minda yang terbuka.

    Anehnya di sini, isu larangan menyambut Hari Kekasih ini hanya hangat diperkatakan di Malaysia, padahal negara-negara Islam lain juga turut menambutnya secara bersederhana melalui makan malam istimewa, pemberian hadiah dan juga ucapan sayang kepada insan-insan yang disayangi.

    Saya berharap, sekiranya anda ingin menasihati rakan-rakan seagama lain kali, janganlah mengaitkannya dengan agama lain kerana Kristian tidak pernah mengajar kami bermusuhan dengan agama lain dan Kristian juga tidak menyeru umatnya WAJIB menyambut Hari Kekasih.

    Sekian, harap maklum.

    • Mohon maaf jika tersalah kata dan terima kasih atas nasihat yang diberikan.

    • salam 1Malaysia, kepada “saya bukan kafir, saya kristian”

      “Anda perlu mengalami sesuatu dan dalam hal ini, bertanyakan pada orang-orang mahir agama Kristian (yang anda gelar Kafir) supaya anda mempelajari sesuatu yang baru dan minda yang terbuka. ”

      Kami tidak perlu bertanya dan mempelajari sesuati yang baru dari kamu, sebab kami ada rujukan sendiri ok..

      “Anehnya di sini, isu larangan menyambut Hari Kekasih ini hanya hangat diperkatakan di Malaysia, padahal negara-negara Islam lain juga turut menambutnya secara bersederhana melalui makan malam istimewa, pemberian hadiah dan juga ucapan sayang kepada insan-insan yang disayangi. ”

      Betul apa kau katakan ini? Macam mana dengan ini?
      http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544946&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

      “Saya berharap, sekiranya anda ingin menasihati rakan-rakan seagama lain kali, janganlah mengaitkannya dengan agama lain kerana Kristian tidak pernah mengajar kami bermusuhan dengan agama lain dan Kristian juga tidak menyeru umatnya WAJIB menyambut Hari Kekasih.”

      Untuk apa kalau penulisan ini tidak dikaitkan dengan agama kristian? Siapa yang harus kami kaitkan? Bukankah orang kristian yang buat perayaan ini? kalau bukan? seiapa ? nak kaitkan dengan islam? islam yang buat?

      Saya bukan menegur, cuma saya perbetulkan ayat saudari, kalau kami org islam tulis sebegini membuat kamu tersingung, nampak sangat kamu mahu orang islam ni menyambut perayaan ni kan?

      • perlu anda ketahui bahwa nabi Isa AS tidak pernah membawa agama kristen, tp yg pertama kali menyebut ajaran agama nabi Isa adalah agama kristen itu paulus, dan dalam sabda nabi Isa dan firman tuhan tidak pernah terdapat kata2 bahwa nabi Isa itu tuhan akan tetapi ia adalah nabi (utusan), yg mengatakan bahwa nabi Isa itu tuhan hanyalah paulus (lalu manakah yg km percaya firman tuhan dan sabda Isa Al-Masih, ataukah paulus? anda bs cek di seluruh kitab Injil)

  4. Saya Bukan Kafir, Saya Kristian

    Saya juga memohon maaf namun saya berbohong sekiranya saya katakan kami, umat Kristian tidak terasa. Akan tetapi, saya tiada niat lain dlm memberi komen diatas melainkan berkongsi rasa & pendapat sahaja. Apapun saya berharap perkara begini tidak lagi dipandang enteng.

    P/S: Untuk makluman, rujukan American Catholic itu tidak berapa tepat kerana sekarang ini sudah timbul pelbagai mazhab dan kepercayaan (yang menggelarkan diri mereka Kristian Baru) timbul dan ditubuhkan terutamanya di negara Barat. Hal ini yang sering mengelirukan orang lain.

    • InsyaAllah..Saya tidak mengambil hati dan tidak bersangka buruk di atas komen saudara. Segala tunjuk ajar diterima dengan baik.

      Bagaimanapun pengharaman ini hanyalah untuk orang Islam, tiada niat sedikitpun untuk menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan pihak Kristian.

      Cuma mungkin bahasa yang digunakan agak kasar dan kenyataan yang diberikan kurang tepat. Mohon maaf sekali lagi dan terima kasih kerana sudi menegur.

  5. Saya Bukan Kafir, Saya Kristian

    🙂

  6. sebenarnya hari kekasih ini tidak akan jadi haram bagi mana2 agama mahu pun negara jika kita tidak melangar batas mengikut agama masing2,tidak kira islam ataupun kristian,..

  7. “Anehnya di sini, isu larangan menyambut Hari Kekasih ini hanya hangat diperkatakan di Malaysia, padahal negara-negara Islam lain juga turut menambutnya secara bersederhana melalui makan malam istimewa, pemberian hadiah dan juga ucapan sayang kepada insan-insan yang disayangi. ”
    TO :Saya Bukan Kafir, Saya Kristian.

    Sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh sebenarnya. Islam itu standard dimana pun ia berada. Larangan tetap larangan walaupun kat mana cuma mungkin conciusness yang berbeza, setengah orang ambil mudah sebab tidak tahu so kena ada orang yang memberitahu.Itu adalah tanggong jawab kami sebagai seorang muslim.

    Satu lagi kami memang dilarang daripada mengikuti perayaan agama lain atau bukan dari islam walaupun nampak benda itu bagus secara kasar tetapi ia menyentuh masaalah prinsip , masalah kefahaman dan masalah ketaatan kepada apa yang diajar oleh ugama kami.

    Sedutan penulis dari pelbagai sumber adalah sebenarnya untuk menggambarkan bahawa ia bukan dari islam so we cannot follow. Just an analogy – you are a policeman but you want to wear nurses uniform. will you?

  8. Saya seorang muslim Indonesia prihatin dengan remaja remaja islam ysng mengikuti budaya dari barat yang tdk seseuai dengan syariat islam mereka ( remaja islam ) tdk sadar telah terjebak dengan budaya yang penuh maksiat mereka mengganggap dirinya moderen pabila mengikuti pergaulan ala barat padahal itu salah besar budaya sperti free sex,cinta sesama jenis homo sex maupun lesbian itu dah ada dari sejak zaman dahulu kala dengan kata lain itu budaya jahiliyah (zaman kebodohan )dan Allah Swt telah melaknatnya dan membinasakannya maka dari itu saya setuju valentine day diharamkan.

  9. puteri farah zulaikha bt ahmad fuad

    em ..sy berbangga mjd umt islam ..
    pe yg islam katakan ..tentukan ..pesoalankn ..melarangkn ..adlh tbaek ..cme kte sje yg sering slh mtafsirkn ..n menggunakan ..
    Sesungguhnya terlalu bsrnya pgorbanan mereka pd islam ..
    Menjadi agma islam adlh satu cth agma yg paling suci dn bersih ..
    Wlaupon sering ..adekala ..dkotorkn oleh kaum adam & Hawa ..

  10. sukron katsiro…stuju,yuk dakwah terus menyampaikan kebenaran

  11. Sadarlah hai kaum kristiani, kalau seandainya ajaranmu yg benar maka insyaallah umat muslim akan msk surga krn umat muslim jg mengimani nabi Isa (sebab tdk sah Islam seorang muslim apabila ia tdk mengimani nabi2 & rasul2 allah). Dan apabila ajaran kami yg benar, mohon maaf karena umat kristiani tdk bs msk surga (krn anda tdk mengimani nabi muhammad SAW)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *