Home / Uncategorized / KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

Sahabat…
KENAPA KENA BACA AL-QURAN WAKTU PAGI?

Kita biasa tak baca al-Quran di waktu pagi? Khususnya sebelum @ selepas solat subuh.

Kalau belum biasa, usaha kena biasakan.
Kalau dah biasa, alhamdulillah!
Sebab kita dah buat satu tindakan yang sangat tepat, iaitu makan “ubat” bernama al-Quran.

Al-Quran ini Allah umpamakan seperti ‘ubat.
Ia boleh menjadi penawar kepada hati (syifa’ fis sudur) dan kesan penyembuhannya HANYA boleh dirasai oleh orang yang mengambil atau mengamalkannya sahaja.

Allah berfirman yang bermaksud,

‘Wahai manusia..
Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran, peranannya sebagai pengajaran dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit batin dalam hatimu, sebagai hidayah petunjuk serta rahmat bagi orang beriman’.
(Surah Yunus, 57)

Secara luarannya, kita ini nampak je macam sihat. Boleh jogging, berdiri lama buat kerja tanpa rehat dan sebagainya.
Tetapi kebanyakkan daripada kita,
dalamnya sangat “sakit”.
Sakit macam mana?

Sakit dalaman ini seperti cepat sakit hati, cepat marah, tak puas hati, dengki, dendam,
keras hati, lupa bersyukur, cepat putus asa, banyak berprasangka, malas, buang masa, suka maksiat, pertahankan dosa,
jauh daripada Allah dan sebagainya.

Tetapi….

Bila kita mulakan setiap pagi dengan membaca Al-Quran, kita umpama seperti makan ‘ubat’ hati.

Kebanyakkan daripada kita,
bila bangun tidur antara perkara yang difikirkan adalah risau banyak kerja, takut tak dapat siapkan, takut hari ni rezeki tak lancar,
dan sebagainya. Itu antara petanda hati kita mula diserang penyakit hati. Sebab kita tak yakin dengan bantuan Allah.

Sebab itu, bacalah Al-Quran di awal pagi.
Ia bakal beri kesembuhan dalam bentuk keyakinan hati. Dijauhkan dari segala sifat tercela.

Itulah ‘medicine daripada Al-Quran.
Kalau tak telan (baca al-Quran), macam mana ia nak sembuhkan penyakit hati kita kan?

Dan lagi satu, ubat ini bukan diambil sehari sekali je. Sebaiknya, cuba ambil 5 kali sehari. Antaranya selepas solat fardhu.

Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk amalkan selalu dan berikan petunjuk buat hati kita setiap hari. Aamiin.
#Alquranpenawar
#SyafaatAlQuran

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

‎ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

لا إله إلا الله محمد رسول الله

حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيل

 

kredit: penulis asal

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *