Sayidatina Aisyah cemburu kepada Sayidatina Khadijah kerana kebaikannya yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah meskipun beliau telah meninggal dunia.
– Orang kita cemburu hanya kerana si suami ada orang lain selain dirinya.
Islam menganjurkan poligami kerana hal itu boleh membawa kebaikan kepada wanita dan lelaki. Ia akan berlaku apabila suami berlaku adil dan isteri faham tentang tanggungjawabnya.
– Namun ramai orang kita berpoligami kerana nafsu, harta dan keseronokan semata meskipun hakikatnya mereka tidak mampu.
– Kita tidak tahu alasan orang lain berpoligami, tetapi ramai yang membuat andian, marah dan membuat berbagai tomahan buruk kepada pasangan yang berpoligami.
Hanya kerana poligami:
– Isteri yang baik, boleh menjadi derhaka.
– Suami yang baik, boleh jadi pendusta dan tidak adil.
– Orang yang melihat, boleh mendapat dosa mengumpat.
– Orang yang tidak tahu apa2, boleh dapat dosa fitnah.
Hanya kerana poligami juga:
– Isteri yang baik, bertambah baik dan bertambah imannya.
– Suami yang baik, diganda-gandakan pahalanya kerana adil dan saksama.
– Orang yang melihat, mendapat pahala atas doanya yang baik2.
– Orang yang tidak tahu apa2, boleh mendapat pahala kerana bersangka baik.
Setiap sesuatu yang Allah kurniakan kepada kita ada kebaikannya, terpulang kepada kita sendiri yang perlu mewarnainya dengan pahala atau dosa.