Home / Artikel Cahaya Islam / Lirik Lagu ‘Kan Ku Sujud Di Kakimu’, Apakah Hukumnya?

Lirik Lagu ‘Kan Ku Sujud Di Kakimu’, Apakah Hukumnya?

Tentu saja semua orang telah sedia maklum lirik lagu apakah ini.

Pada zaman Rasulullah, ketika baginda berjalan bersama para sahabat, maka bertemulah mereka dengan seekor unta yang tiba-tiba menghampiri Rasulullah dan bersujud kepadanya. Setelah beberapa ketika unta itu bangun dan meninggalkan mereka semua. Sahabat terpinga-pinga melihat kejadian itu lalu berkata “Wahai Rasulullah, sedangkan unta yang merupakan haiwan tidak berakal itu juga sujud kepadamu. Maka kami yang lebih cerdik daripada unta ini lebih-lebih lagi perlu bersujud kepadamu!”. Rasulullah menjawab, “Bersujud itu hanya dibolehkan kepada makhluk yang lebih rendah tarafnya di antara makhluk yang lain. Selain itu sujud hanya layak untuk Allah. Kamu tidak boleh bersujud kepadaku.”

Hadis dipetik dari ceramah Ustaz Azhar Idrus yang diambil dari kitab yang menerangkan 300 lebih mukjizat Rasulullah s.a.w (saya tidak pasti nama kitab dan nama pengarang kitab tersebut).

Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah binatang atau tumbuhan boleh sujud kepada manusia (jika itu berlaku) tetapi manusia tidak boleh bersujud kepada sesama manusia termasuklah kepada Rasulullah. Jika bersujud kepada Rasulullah sendiri adalah perkara yang salah, maka bersujud kepada ibu juga adalah merupakan perkara yang haram.

Oleh yang demikian, lirik lagu ‘Kan ku sujud di kakimu’ adalah suatu yang menyalahi syarak. Menyanyi tidaklah salah, tetapi apa yang menyebabkan nyanyian itu salah antaranya adalah kerana lirik lagunya. Di bawah ada penerangan tentang nyayian dari Ustaz Mohd Kazim Elias.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=qpaDU7rfGPE[/youtube]

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. yusri bin yaacob

    manusia yang bijak adalah sentiasa mengingati mati,pemimpin yang baik adalah bersifat sidiq,tabligh,fatanah,hasanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *