Home / Artikel Cahaya Islam / Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita?

Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita?

Apakah Itu Santau?

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:

  1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau –

1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.


Sintom & Kesan Santau:

  1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  4. Kurang daya ingatan.
  5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  6. Sakit di bahagian tengkuk.
  7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Antara artikel yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.

Doa Pendinding (tonton video di bawah):

httpv://youtu.be/snbbm86x9hA

Dipetik dari: Syifa-alhidayah.com & diubahsuai oleh WanWMA.

About wanwma

Check Also

Hijrah Nabi

  Garisan merah ialah laluan biasa kafilah dari dua tempat ini. Garisan biru ialah laluan …

17 comments

  1. Assalammualaikum…

    saya disini ada beberapa soalan iaitu berkenaan teman wanita saya…dia pernah mimpi dipatuk ular…ketika tidur pada waktu malam…dan yang tebaru..didepan rumah sewanya ada telur ayam yang telah pecah di depan pintu rumahnya…telur yang pecah itu..apabila dicuci…tetap meninggalkan kesannya…sekarang telah masuk hari ke-2 dimana ada lagi telur ayam didepan rumah setelah dicuci yang pertama tadi…dan keadaan telur itu..pecah juga…minta pandangan dan cadangan daripada saudara..berkenaan kes ini..adakah ia suatu gangguan berbentuk sihir atau santau?..

    • Kemungkinan ada orang hantar sihir kepadanya. Dapatkan nasihat ustaz yang merawat penyakit2 berkaitan sihir untuk mengesan samada dia sudah disihir atau tidak. Bertindak awal sebelum keadaan menjadi parah..

  2. mintak izin copy…untuk tujuan menolong ummat kita..:)

  3. assalamualaikum..disini saya ada beberapa soalan, dimana setiap malam saya sering mimpi buruk yang berkaitan dengan syaitan dimana saya sering mimpi histeria, disorok hantu, diganggu hantu, dan saya selalu ternampak seperti bayang2 tangan manusia, saya sendiri tak tahu sama ada imaginasi atau real..tapi saya rasa macam betul..saya selalu sakit dekat bahagian tengkuk, seperti dihentak, saya tak pernah tidur antara pukul 1 hingga ke subuh, saya sendiri hairan padahal dulu saya tak macam ni..muntah pernah 3 kali darah, bila check doktor, normal dan tak ada sakit.. pening kepala tak usah cakap la, selalu saja pening, dan macam2 gannguan la yang saya dapat..saya juga selalu rasa macam diekori.. maaf kerana soalan belit2, saya pun pening,,hehe.. adakah saya terkena sihir, santau atau lain2?

  4. baru2 nie…sya seolah2 nmpak seperti ada org melintas dalam rumah saya…benda tue berulang kali selama seminggu…then,selepas seminggu,sya demam panas…sya ada jmpa doctor…kata doct, Angin darah/Angin Medu…bila jerr sya mkan sume ubat2 yg doct bagi…terasa ada benda sedang bergerak2 dalam tubuh saya..mulanya di kaki…kmudia ke badan…dan seluruh badan…rasanya seperti seekor ulat yg terkodek2 sedang berjalan dlam badan sya…Persoalannya sekarng adakah ada jin atau benda2 kotor dalam tubuh badan sya??terima kasih

  5. sudah dua tahun sy mendirikan rumah tangga,masa d awal perkahwinan cukup bahagia, tahun pertama sy di ganggu setiap kali sy tidur antara jam 3pg mesti sy d ganggu, perut sy di gigit, mlm kedua tangan sy d gigit , sentiasa dlm ketakutan.hari ke 4 baru sy berubat kerana dah letih tak bermaya.dgn izin allah alhamdullah sembuh,
    kini dah genap setahun peristiwa itu dtg kembali,
    dan sy dlm pantang macam2 terjadi,suami sy berubah hati,anak asyik menangis,dan sy sakit, alhamdullah suami sy dah kembali normal sikapnya, anak baru je ok setelah 2 bln menangis dhn izin allah, skrg sy pulak sering batuk2, kdg sesak nafas, belakang , pinggang, kepala, hanya sebelah kanan shaja kebas, lutut, kaki, setiap sendi lenguh nak bangun pun susah.
    apa kah masalah saya? sihir @ santau juga.

  6. Assalammualaikum,
    Saya ingin bertanya, sudah beberapa hari ini, ada seseorang telah meletakkan tuala wanita yang telah dipakai (berdarah) di depan kedai saya.
    Setiap kali tiba di kedai ada tuala wanita, saya ambil dan buang.
    Saya ingin tahu apakah tujuan orang itu dan adakah saya sedang disihir ?

  7. mmg tanda2 yg dsebut itu sya prnah alami.. sya mgkin kne santau angin dn lbih pd miang.. syukur alhamdulillah sya cpt berubat dn tgh dlm proses sembuh.. nasihat sya,cari ust yg gunakan ayt2 ruqyah dlm rawatan.. sya dah rasa kberkesanan dgn izin allah..

  8. Asalamualaikum,saya ingin bertanya,tunang saya dan saya sdh bertunang selama 7bulan,dan bulan 5 ni bernikah,pada suatu hari,dia menyatakan,xmahu kahwin dgn saya dan perangai sangat berubah sejak dari itu..apabila dilihat balik,simptom2 berlaku santau terjadi padanya,..dan pada minggu lps,dia telah melarikan diri daripada keluarganya dan saya.apabila disyaki,bekas lelakinya telah menghantar santau kepada nya dan terus membenci saya dan keluarganya.saya cuba hubunginye,tp xdijawab,cuma kadang2 dpt msj.kami cuba menjejaki mereka dan telah buat laporan polis.apakah hukum jika dia kahwin lari
    dan dalam keadaan santau?apakah effect pada diri nya kemudian hari?saya sdh sedaya upaya mencarinya,apa perlu saya buat??saya selalu doakan dia supaya dapat kembali kepada keluarga,memandangkan benda begini xboleh dibiar lama.sy sgt kesian kn dia dan keluarganya,

  9. assalamulaikum, anak saya berumur 6tahun muntah keluar ulat ada yg besar ada yg kecil2, saya bimbang takut tkena santau.

  10. Assalamualaikum” saya nk tanya’ saumi saya badan gatal2 dan bial malam tak dpt tidor ‘badan dia gatal2 dan tubuh suami saya kurus mengejut’ dulu suami saya badan berisi tapi sekarang kurus mcm org sakit dan baru2 ni lutut dia sakit dan susah nak bagun” jadi saya nk minta tolong ” Apa penyakit dan penyebabnya’suami saYa dh jmp Doctor pakar tapi tak ada apa2″

  11. Sedihnya bila terkena santau…kawan sendiri yg buat…yallah dahlah disantau diberi pelalau xbg kahwin…stlh 5thn baru terasa kesan santau sakit2…dah 4 tempat g berubt dan akhirnya berjumpa tmpat yg dpt kesan keluarkan benda santau yallh ada juga manusia yg tidak takut hukum tuhan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *