Home / Umum / TANDA-TANDA LALAI

TANDA-TANDA LALAI

TANDA-TANDA LALAI
Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala; tidak fokus, sering terlupa               bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah.
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan.
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8. Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
     Ada juga ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat ‘jarak’ kita dengan Al                   Quran. Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran         tu, kita nak bersahabat dengan dia.
KESAN LALAI :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran.
2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada.
5. Hati resah gelisah, tiada ketenangan, sentiasa keluh kesah dan hidup kelam kabut.
SEBAB-SEBAB LALAI :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran ‘rosak’ (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan mahram, dedah aurat        dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam                           mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
CARA-CARA ATASI :
1. Cari sahabat yang baik.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam dan solat.
4. Banyakkan zikir.
5. Rajin baca al quran.
6. Bersangka baik dengan orang lain.

About mai

Check Also

𝟯𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

𝟯𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *