Home / Artikel Cahaya Islam / Teknik-teknik Kreatif Untuk Bangun Solat Subuh

Teknik-teknik Kreatif Untuk Bangun Solat Subuh

Tidak dinafikan bahawa solat yang paling sukar untuk dilakukan dalam waktunya adalah solat subuh. Bukan kerana solat subuh jauh lebih sukar dari solat-solat lain tetapi kerana sukarnya kita untuk bangun tidur. Keadaan ini mungkin berlaku kepada semua peringkat umur. Saya sendiri kadang-kala menghadapi masalah yang sama. Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah kreatif yang boleh kita sama-sama amalkan.

Langkah 1: Banyakkan jam lonceng.

Perbanyakkan jam loceng yang boleh mengganggu tidur kita. Letakkan ia di beberapa tempat. Mungkin dengan hanya satu jam kita akan tutup dan terus menyambung tidur. Tetapi dengan jam yang banyak kita terpaksa menutupnya satu persatu sehingga terpaksa bangkit dari tempat tidur. Jangan lupa untuk letakkan jam loceng tersebut pada tempat yang berlainan dan agak jauh dengan katil kita.

Langkah 2: Tidur tanpa selimut dan bantal.

Jika kita seorang yang sering tidur bertemankan bantal busuk dan selimut kesayangan, kali ini cuba tidur tanpa semua itu. Letakkan bantal dan selimut kita di tempat yang jauh. Biar tidur kita kurang selesa.

Langkah 3: Tidur di atas lantai.

Jika masih tidak dapat bangun walaupun sudah tidak berbantal dan selimut, kali ini kita tak perlu lagi tidur di atas katil. Tidur saja atas lantai. Kadang-kadang kita sukar nak bangkit dari tidur adalah kerana badan kita terasa lemah bila berada di atas tilam yang lembut.

Langkah 4: Sediakan semangkuk air.

Adakalanya kita sudah terjaga dari tidur tetapi tetap berdegil tidak mahu bangun. Dalam hati berkata, “sambung sikit lagi…sikit lagi..sikit lagi..” dan akhirnya kita kembali tertidur sehingga habis waktu subuh. Cara yang mudah untuk mengelakkan sifat buruk ini ialah dengan menyediakan semangkuk air di sisi tempat kita tidur. Apabila tersedar, letakkan tangan kita dalam air itu. Badan kita akan terus rasa segar seperti terkena kejutan elektrik. Kalau nak lagi kaw, selamkan terus muka kita dalam air tu. InsyaAllah lepas tu kita akan terus bangun untuk solat!

Langkah terakhir: Tidur awal dan disiplin terhadap masa sendiri.

Sebenarnya untuk bangkit solat subuh bukanlah perkara yang sukar jika kita berdisiplin dengan waktu tidur kita. Tidur dengan membaca doa dan minta perlindungan dari Allah supaya kita diberi kekuatan untuk bangun solat subuh. Amalkan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur. Rujuk artikel Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala  & Tidur Kosong untuk belajar amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum tidur.

About wanwma

Check Also

Tips Menghafal Al Quran

  Adik ni bernama Haikal Firdaus. Berumur 9 Tahun dan Berasal dari negeri Johor. Kelebihan …

10 comments

  1. tips y b’guna WMA..alhamdulillah,setakat ni sy sentiasa paksa diri utk bgn solat subuh meski pun hr tu adalah hr minggu..apa slhnye kn,bgn slt subuh lps tu smbung tido..btl,org kata xelok tido lps subuh,tp kalo bdn penat xslh kn..hihihi..=)

  2. cara yang mudah buat saya………….bangun solat waktu subuh dengan berniat dari malam memohon pada allah supaya dimudahkan bangun solat pada waktu subuh…..alhamdulilah ianya berkesan…..buat diri saya….yang hebatnya…bangun subuh rasa sangat segar dan xrasa mengantuk langsung…

  3. sy ad 1 cra yg agk bksan gk la klo dgabungkan dgn jam loceng. . .sblom tdo, mnum air byk2 . . .nnti bile kte tsdar time subuh, kompem kte rse nk g toilet. . .hiii. . .da alang g toilet tu, g la amik wudhu’ skali kn. . .hii. . .tu je la crenye. . simple. . .
    *klo yg x tsdar tu, kompem dye akn kncing ats tilam. . .hihi. . .

  4. mintak share ye.tq.

  5. minta izin copy

  6. owh selalu buat langkah 1 la.tp bila dh bgn amek wuduk,lepas tu boleh pulak tertido.haha

  7. care sy plk..sblm nk tdo tuh minom air masak banyak2..hehehh..mmg timing x lari punye…subuh msti terjage nk buang air punye psl..huhuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *