Home / Umum / Tidur

Tidur

Di syurga nanti tiada lagi tidur. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم sifatkan tidur sebagai saudara kepada kematian النوم أخو الموت

Sebab kalau tidur, itu akan menghalang kita menikmati segala keseronokan di syurga.

Bahkan tidur hanya diperlukan sebagai kerehatan untuk orang yang sakit dan penat sedangkan di syurga tiada sakit dan penat.

Di neraka juga tiada tidur. Di dalam Surah al Naba’ kalimah بردا ditafsirkan oleh sebahagian ulama dengan maksud mengantuk dan tidur. Ahli neraka tidak mengantuk dan tidak dapat tidur kerana terseksa.

Apabila berlaku kebangkitan semula pada Hari Akhirat, memang manusia tidak akan tidur. Disifatkan bumi Mahsyar dalam Surah al Nazi’at sebagai الساهرة yang ditafsirkan oleh sebahagian ulama sebagai bumi yang tidak menjadi tempat tidur, ia berasal dari lafaz سهر yang bermaksud berjaga malam. والله أعلم

 

Cnp

About mai

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *