(Agama) Pengharaman Poco Poco Dari Email Yang Salah!

Saya terbaca banyak perkara tentang Poco-poco yang diharamkan. Namun pengharaman itu tiada bukti sahih dan bukan dijatuhkan oleh badan berwajib. Ia cuma dinyatakan oleh sebuah email yang tidak tahu siapa penulisnya, di mana dia mendapat fakta, apakah butinya dan sejauh mana kebenarannya.  Bagaimanapun email ini telah tersebar luas dalam internet samada melalui email mahu pun blog. Inilah email yang saya maksudkan:

NOTA TERBARU: KINI TARIAN POCO-POCO TELAH DISAHKAN HARAM OLEH JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK:

Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

tarian poco-poco

Dan ini pula pandangan saya….

Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain termasuk  seni mempertahankan diri seperti silat yang  langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. Kanan kiri depan dan belakang. Bagaimana ini boleh dikatakan sebagai membentuk salib? Jika benar…ia perlu dipertimbangkan kerana ia mungkin hanya kebetulan…

Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tahu akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.

Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.

Saya tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain. Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.

Namun, untuk menjatuhkan hukum tarian Poco-poco adalah haram secara total bukanlah hak saya atau hak anda. Sekadar email yang tiada bukti sahih, bagaimana kita boleh percaya? Pun begitu, apabila kenyataan itu dikeluarkan, kita perlu berhenti melakukannya kerana ia mula menjadi sesuatu yang tiada kepastian dan dipenuhi keraguan. Apa yang boleh kita buat ialah menunggu penetapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan!

22 Comments

  1. wanwma
      • wanwma
    • wanwma
  2. firol
    • wanwma
    • wanwma
  3. d|n
  4. Mus
  5. Kenny
    • wanwma
      • Kenny
  6. middzu
  7. naaz
  8. skudap
  9. sobri

Add Comment