Di sini saya ingin kongsikan perbualan Rasulullah dengan para sahabat tentang 3 kesukaan mereka masing-masing dalam dunia ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
1- Wangi-wangian.
2- Isteri yang soleh.
3- Ketenangan semasa solat.
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.
Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”
1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.
Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”
1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.
Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).
Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:
1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- Yang ini saya lupa (sesapa tolong beritahu…)
Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….
Ambillah iktibar dari kisah ini, semua kesukaan yang diceritakan di atas boleh dipilih oleh kita untuk menjadikannya amalan kita. Tapi kalau kita tanya rakan dan diri kita sendiri, apakah 3 kesukaan atas dunia ni…jawapannya mungkin:
1- Kaya
2- Awek… kalu perempuan lak barang hiasan kot…
3- Enjoy!
Ah….jom berubah!
Assalamualaikum wanwma. Entry di atas memang bagus.Kalau orang bujang boleh diertikan begini: perfume,solat & ibu. Manakala bagi yang sudah berkhawin : perfume,solat & isteri
Bilamana ikut kesukaan Nabi di atas, maka jadilah kita orang yang
1)bersih dan wangi selalu
2)Berada di bawah peliharaan Allah selalu
3)Tenteram jiwa sebab menyayangi dan disayangi pada tempatnya.(wanita)
Oh,ya…bilamana ada kelapangan sila singgah ke blog saya, boleh jadi wanwma juga ada idea untuk dikongsi dengan pembaca.
Singgah ye
Salam ceria..
.-= fathuri menulis diblognya tentang.. Idea RM10 menjadi RM100 ??… =-.
Ya..saya akan singgah selalu blog saudara! Terima kasih atas lawatan ke sini!
Assalamualaikum wanwma. Terima kasih kerana telah memberi idea dari real experient! Saya pasti ada pembaca yang “terkesan” dengan idea itu.
Saya ada impian untuk mengumpul 100 idea dari kawan-kawan kita. Mohon sebar-sebarkan ye..
Bukan untuk kepentingan saya, tetapi untuk manfaat bersama.
Pengalaman telah membuktikan seringkali idea yang dianggap remeh oleh satu pihak telah membuahkan perubahan besar pada pihak yang lain.
Terima kasih sekali lagi, dan salam ceria dari saya..
.-= fathuri menulis diblognya tentang.. Idea RM10 menjadi RM100 ??… =-.
salam, ke 3 yang Saidina Abu Bakar suka, Aishah anaknya menjadi isteri Rasulullah.
.-= hasan menulis diblognya tentang.. ?? ???? ???? =-.
Ah…benar sekali, baru saya teringat! Terima kasih hasan!
Best artikel ni.
Aku masih mencari 3 kesukaan. Harap-harap semuanya bagus
.-= Mantra menulis diblognya tentang.. Convo Fair UTP =-.
Bro..kalau niatnya dah bagus, InsyaAllah…bagus la jadinya nanti!
1st time ke laman ni..wah, banyak gak maklumat yang berharga. Tahniah la coz wan telah & boleh melakukannya dengan baik..Teruskan perjuangan anda dan semoga berjaya..
Bermanfaat sekali.
Terima kasih.
.-= Eriyza menulis diblognya tentang.. Bila Bomba Lambat Tiba =-.
ada kesilapan sikit kat atas tu… (Kemudian Saidina Abu Bakar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”) rasanya saidina umar kan…
emm, saya cadangkan, kalau tak bawa pen n kertas, tulis le dlm handphone… at least, dpt tulis isi penting jadi la…
terima kasih atas perkongsian ilmu ini…
Alhamdulillah..nasib baik ada yang menegur..hehe..terima kasih ya!
Apa kesukan kita tidak penting…yang perlu di ingat biarlah di redai Allah.
Apa pun kesukaan sesaorang itu tidak apa asalkan apa yang di suka itu di redai Allah, serta berkat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.