Sejak kebelakangan ini terdapat terlalu ramai rakan2 FB saya menyertai program buat duit di internet. Saya amat gembira dgn usaha masing2 dalam mencari rezeki dan pendapatan sampingan.
Namun adakah program yang disertai itu disahkan oleh majlis fatwa kebangsaan? Atau dengan kata lainnya adakah ia HALAL?
Selama ini ramai org tertipu dgn skim cepat kaya. Mungkin skim cepat kaya nampak begitu terserlah PENIPUANNYA apabila peserta tidak mendapat pulangan. Berbeza pula dgn program buat duit yang yg amat hebat pengaruhnya di FB sekarang. Hampir semua peserta mendapat pulangan wang. Dan ini meyakinkan lagi kepercayaan mereka terhadap program yg disertai. Persoalannya, adakah progam itu sah dari segi undang2 dan HALAL dari segi syarak?
Ramai yg salah tanggapan bahawa apabila menyertai program buat duit yang dapat menjana keuntungan itu adalah program yg sah. MENDAPAT PULANGAN WANG @ KEUNTUNGAN TIDAK MENJAMIN PROGRAM ITU SAH @ HALAL!
Selama ini mereka menjana keuntungan dengan apa? Dari mana datangnya WANG yang menjadi sebutan mereka itu? Adakah dari PENJUALAN PRODUK? ATAU DARI KEMASUKAN AHLI?
Mungkin terdapat produk yg disertakan bersama apabila mereka membayar yuran AHLI. TETAPI ADAKAH MEREKA MASUK KERANA MAHU MEMBELI PRODUK ATAU MAHU MENJANA WANG SEMATA-MATA DENGAN MEREKRUK AHLI BARU?
FIKIR BETUL-BETUL! KERANA DI SITU TERLETAK DUA PERBEZAAN YANG AMAT KETARA DI MANA SATU DARIPADANYA HALAL DAN SATU LAGI HARAM!
Saya mahu tanya anda, LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 adalah satu iklan PENJUALAN PRODUK @ SISTEM MANIPULASI WANG?
Jika ia merupakan SISTEM MANIPULASI WANG, APAKAH YANG SEDANG ANDA JUAL? ADAKAH BERLAKU AKAD JUAL BELI YANG SAH? ADAKAH ANDA SEDANG MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN KEMASUKAN AHLI-AHLI BARU? JIKA BENAR, IA TIDAK SAH DI SISI SYARAK!
Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam MENJATUHKAN HUKUM, namun KENYATAAN SAYA JELAS DARI HUKUM YG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS FATWA AL-LAJNAH AD-DAIMAH ARAB SAUDI NO 15/192-193.
Saya tidak kata HUKUM INI UNTUK PRORAM “LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100” semata-mata, TETAPI IA TERMASUKLAH PROGRAM-PROGRAM LAIN YANG SEUMPAMANYA!
JIKA ANDA MENYERTAI SALAH SATU DARIPADANYA, ANDA TAHU APAKAH SISTEM YANG DIGUNAKAN DAN ANDA BOLEH BUAT PENILAIAN SENDIRI YANG LEBIH TEPAT!
Namun, sebelum membuat penilaian, LENGKAPKANLAH DIRI DGN ILMU BERKAITAN HAL-HAL TERSEBUT DAN SEGALA HUKUM BERKAITAN DENGANNYA!
Saya tahu ada dikalangan kita DAPAT MENJANA KEUNTUNGAN RIBUAN RINGGIT, namun apakah faedahnya jika ia adalah hasil yang TIDAK SAH?
Renungkan kembali, kadang2 kita suka cara yg mudah untuk mendapatkan wang sehingga kita lupa untuk membuat kaji selidik dan penilaian berdasarkan Al-Quran dan hadis atau fatwa NYATA yang telah disepakat oleh para ulamak seluruh dunia.
Samada dari sudut PESERTA mahu pun PENCIPTA proram, semak balik sistem yang sedang anda gunakan. Saya JELAS dengan sistem seumpama ini kerana PERNAH TERLIBAT MENGHASILKANNYA SUATU MASA DAHULU. Namun ia gagal dilancarkan kerana sedar ia tidak sah di sisi syarak selepas membuat rujukan dgn mereka yg bertanggungjawab!
Mungkin penerangan saya tidak begitu detail untuk dijadikan pegangan, bagaimanapun anda boleh semak keterangan panjang lebar yang jelas dikeluarkan oleh Ustaz Zaharuddin dalam blog beliau: http://www.zaharuddin.net
ARTIKEL : Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100. Penilaian dan pendapat oleh Ustaz Zaharuddin.
Semoga perkongsian maklumat ini menjadi panduan kepada kita semua untuk menilai kembali rezeki yang sedang kita cari. Jangan melenting dan melihat pesanan ini dari sudut negatif, jika saya SALAH, saya mohon maaf.
Namun jika saya BETUL, saya rasa amat bersalah jika tidak kongsikan maklumat ini dengan anda semua, sahabat seagama saya.
……………………………………….UPDATE………………………………………
semalam, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.
Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.
Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program, MLM, Affiliate dan Skim cepat kaya. Antara Jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya.
Zaharuddin Abd Rahman
________________________________________________________________________________
From: RahsiaInternet.com <info>
To: zaharuddin arahman <zaharuddin>
Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM
Subject: Re: explaination from Irfan Khairi 😉
Assalamualaikum Ustaz,
great to hear from you.
Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there 😉
The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.
I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya 😉 and i would say that too for infinity downline.
the thing is, most people (malay’s unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dah dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the “want to be cepat kaya urge”. which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.
Best wishes to you and your family there.
-irfan khairi
Sekian saja…
salam..
dah bc dah artikel dr ustaz zaharuddin tu..nak kene cr more details dulu la ttg biz yg sy join ni even dulu penah dpt info kata biz ni ok..hu3..
Kadang2 kita terlepas pandang…Sis terus yg terbaik, saya sentiasa mendoakn yg terbaik…
tksh wan… 🙂
sebelum join2 apa program, kena rujuk kepada yang pakar… dan selidik/ research yang mendalam…
.-= zik menulis diblognya tentang.. Futsal! =-.
Betul sekali nasihat itu! Cuma kadang2 ada org terlupa utk membuat kajian setelah melihat kejayaan rakan2 mereka yg terlibat…
betul tu bro, setuju sangat, duit yang nak jadi darah daging patut jelas kesuciannya…utk diri sendiri jugak kans…
.-= 1tomyam menulis diblognya tentang.. Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri =-.
Ya..darah daging kita biarlah dari hasil yang suci..InsyaAllah selamat…
salam sahabat..
yelah.,sekali degar pun dah takut..kekadang nak je blok bila mrka ada yawaran sebegitu di FB..geraM!
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Argh!! Jerawat datang lagi =-.
Bro nak komen lebih pun xtau…. sebab xjoin yang Fb punye
tp dari pendapat bro la kan.. if bnde yang dijadikan product untuk dijual kepada orang lain.. tidak mendapatkan apa2 faedah sekadar mendapat duit jika dijual kepada orang lain
ianya tetap di anggap haram…
lagi2 la jika product tersebut mmg mudah untuk dimiliki tanpa melaburkan duit tapi dijual sebagai product sedangkan pada dasarnya ianya free or dah out of date
.-= framestone menulis diblognya tentang.. 4 Hari Tanpa Streamyx =-.
Urusan jual beli itu berlaku atas persetujuan dua pihak. Samada dari sudut pembeli mahu pun penjual. Jika suatu produk yang dikatakan mudah nak dapat itu tidak boleh dijual dan haram, kenyataan ini tidak tepat.
Cuba fikir kembali kenapa org sanggup membayar untuk mendapatkan segelas air teh? Adakah air itu begitu susah nak buat? Adakah air itu tak out of date? So, adakah jual air itu haram?
Kadang2 urusan jual beli bukan berlaku kerana produk itu sendiri, tetapi ia juga disandarkan pada usaha yang dilakukan oleh penjual. Mungkin produk yg dimaksudkan senang nak dapat, tetapi bagi mereka yg tidak tahu, produk itu sukar utk diperolehi. Mereka sanggup membayar kepada sesiapa yg sanggup berikan produk itu kepada mereka dgn mudah.
Di sinilah berlakunya urusan jual beli..tidak timbul soal kerana ia mudah didapati dan out of date ia haram dijual. Jika begitu setem, wang, dan barang2 antik/lama yg dijual semuanya haram…tak boleh la macam…
bro tidak menyatakan barang seperti setem, wang mahupun barang antik adalah out of date…
ini kerana ianya mempunyai nilai (value). Tidak kisah 10 tahun lagi mahupun 100 tahun lagi
maksud Bro
satu product yang tidak relavent untuk diniagakan seperti free trying, product yang sekadar demo (nak full kne beli) ataupun product yang hanya version 1.0 (sedangkan pasaran dah sampai version 3.0 mahupun 10.0)
.-= framestone menulis diblognya tentang.. Tarikh 3hb 3 Pukul 3.03PM =-.
hehehe…mungkin saya salah faham la tu..maaf yer..terima kasih atas penerangan tu! 🙂
Dari soal agama, PR tak boleh lah komen… mesti respek sama ahli ugama. Biar ustaz2 yg beri pandangan. Tapi, kebanyakkan program2 yg di pok pek kan di FB tu sebenonya bersifat ponzi scheme yg mana selagi ada org join, selagi tu lah ada org buat duit! So in the end ada yg kemponan jang, maka PR anggap kes penipuan juga lah… My 5 sen duit malaysia….
.-= Papa-Roq menulis diblognya tentang.. Tabiat Dan Undang-Undang =-.
salam..dok..tapi suri nak duit juga..hehe
.-= Suri menulis diblognya tentang.. Si Yo-yo Yang Comel (Part II) =-.
Kalau dah baca penerangan Ustaz Zaharudin tu, harap-harap kita sedar dimana nilai wang yang bakal kita dapat daripada program ni. Wang tu hanyalah mainan dunia, pastikan yang halal masuk kedalam perut, supaya daging kita tak dijamah api neraka di akhirat kelak.
.-= samdaddycool menulis diblognya tentang.. #@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! =-.
Salam…. very nice entry… i like it very much.. actually, just read ur blog… dlm fb tuh, byk prog2 cmni. login fb dpt 100, unstoppable la… sy prnh t’join dlu…. sbb tgh srbut… heheehe… mmg la de bg brg… tp dorg x prnh citer detail psl produk dorg tuh…. then, i know my mum x suke bnde2 cmni… trus, sy tarik diri… lps tuh, mule pkir balik…. dorg ni x prnh full story… kalu nk taw pn, kne byr dlu (kne join la)… mcm sistem MLM… tp dorg mngaku yg dorg x bwt sistem tuh…. mcm2 ag la yg bley timbul kn kemusykiln… sy pn mkin heran…. sy x kish psl duit sy yg dh dikire ‘burn’ tuh…. thank god sbb Dia sdar kn sy sblom sy proceed bwt bnde2 tuh… bru join je… sush bile sumber x halal nie…
Alhamdulillah..syukurlah dapat keluar dari program tu awal2..skrg ni org nak kan sangat duit, sehingga kadang2 terlupa yg mereka telah terjebak ke cara yg haram..
u r right…
Assalamualaikum WanWMA,
Saya nak bertanya adalah salah disisi agama kalau kita menjalankan perniagaan yg menggunakan sistem autoresponder yg menghantar/memujuk pelanggan.
Kalau pelanggan setuju utk join perniagaan adakah sah perniagaan itu, sbb autoresponder (third party) yg menjalankn kerja. Kita tak tau pon.
Waalaikumussalam…
Tak salah menjalankan perniagaan menggunakan autoresponder. Autoresponder yang berfungsi itu asalnya kita sendiri juga yang tulis dan aktifkan. Cuma ia berfungsi mengikut sistem yang telah dijalankan. Ia hanyalah sebuah alat, tiada kaitan dengan akad jual beli.
Yang menjadikan proses jual beli itu terlaksana ialah apabila orang membayar wang dan kita menerimanya dengan menghantar produk yang telah dibeli.
Assalamualaikum.
Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).
Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat.
Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was.
Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menurup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai?
Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu.
Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)
Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita.
Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.
Kesimpulan
1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.
BUAT KALAU YAKIN… DIAM KALAU TAK PASTI…
~ satu persoalan.. bagaimanakah pula sistem pelabuaran,saham?? adakah ijab kabul@jula beli dgn prodak??
~ sebenarnya sistem ID ni bukan untung hasil prodak.. tp hasil perkhidmatan..
Assalammualaikum Tuan,
Bagaimana jika saya mempunyai perniagaan MLM yang mematuhi syariah,(panel penasihat syariah yang memantau perjalanan syarikat secara total)mahu Tuan saya kongsikan dan adakah Tuan berminat meyertai?
Sebagai contoh; kami tidak membelanjakan wang utk pengiklanan sebaliknya usaha Tuan jika berjaya mempromosikan produk kami serta mendapat jualan dan membina rangkaian spt yg ditetapkan akan mendapat upah & ganjaran yang setimpal dlm bentuk komisen dan bonus.(Ini antara sebab bagaimana komisen & bonus tinggi dapat dibayar kepada “business partner(AHLI)” iaitu penjimatan kos pengiklanan dan bukan manipulasi OPE & OPM)
Sebenarnya saya cuma ingin memberitahu yang Tuan telah menyampaikan perkara yang benar.Ini kerana menurut post Tuan terbaru mengenai 10 Amalan murah rezeki yang mana kita digalakkan menyambung tali silaturrahim untuk dilapangkan rezeki.Sememangnya itulah yang kami amalkan sekarang ini sesungguhnya, iaitu membina rangkaian dan Alhamdulillah hasilnya, seeing is believing, And yet many people deny it.
Dan seperkara menarik ingin saya kongsi disini, sememangnya 10 amalan murah rezeki dlm posting terbaru Tuan memang dituntut diamalkan dan dipermudah utk mengamalkannya dalam rangkaian kami selama ini dan kami adalah living proof kesan 10 amalan murah rezeki ini.Temui kami pengamal 10 amalan murah rezeki yang pastinya Tuan tidak akan rugi apa2 kecuali dapat menambah Iman Insya Allah.
P/S:- mungkin ini kesan amalan murah rezeki tuan amalkan, malangnya Tuan tidak mengerti percaturan Allah.But Who knows?
Waalaikumussalam…
Terima kasih atas komen dan pelawaan saudara. Memang terdapat banyak MLM yang mempunyai penasihat syariah dan memenuhi tuntutan Islam. Itu memang saya akui kerana saya sendiri juga berniaga dalam MLM.
Bagaimanapun buat masa sekarang saudara teruskanlah perjuangan. Moga terus sukses dalam perniagaan yang saudara usahakan. Saya akan meneruskan apa yang telah saya lakukan. InsyaAllah kita sama-sama akan berjaya.
Wassalam…
We appreciate you your great writeup. It really had been a enjoyment bank account the item. Appear elaborate so that you can a lot more shipped pleasant by you! Nonetheless, what exactly is keep in touch?
Salam, hm apa hukum 1whp ?
1whp pn sama je kot..
Business mantop
Perniagaan 1whp ada halal dan haramnya kebanyakkan mereka tidak langsung menerang tentang loan yg dikenakan hanya menerangkan pasal berjual beli saja.yg halal jika kita melakukan jual beli dan yg haramnya?pada pendapat saya iaitu pada setiap level upgred yg dikena loan dari loan yg kecil hingga loan yg besar.persoalannya kemanakah duit loan yg dibayar atau dikena oleh setiap ahli yg upgred dan kegunaannya pergi?bukankah duit itu sebenarnya dibayar kepada mereka yg berada diatas yg telah pun upgred mengikut syarat tertentu.fakta duit kononnya yg dipanggil loan itu adalah duit milik sepenuhnya hasil usaha setiap ahli yg melakukan jualan,knp ianya digunakan untuk membayar org atasan atas sebab apa untuk memenuhi plan marketing yg dicipta oleh syarikat tersebut betul?persoalannya duit itu terhasil sepenuhnya dari mereka yg berusaha jadi mana hak mereka yg berusaha?mcm mane org atasan sanggup menerima duit itu jika seseorang upgred sedangkan duit itu hasil usaha sepenuhnya dari org bawah yg berusaha payah untuk mendapatkan hasil sila jawab soalan saya
Power gold mcm mne? Haaa..sape bole jwb..haha