Home / Uncategorized / Al-Aqsa

Al-Aqsa

Saya menerima banyak mesej bertanyakan kesahihan berita yang disebutkan dalam video ini.

Jawapan awal saya ia betul tapi perlukan pencerahan.

Begini. Sebenarnya yang akan berlaku pada 28 Mei ini ialah Perarakan Bendera مسيرة الأعلام oleh pihak penduduk Zionis memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa melalui Bab Al-Amud. Perarakan tahunan ini adalah tindakan penuh provokasi yang pada tahun lepas menjadi antara punca besar tercetusnya peperangan 2021.

Dan memang bacaan situasi semasa menyebutkan bahawa potensi perang berlaku semula meningkat setelah kebenaran berarak diberikan oleh kerajaan haram Israel kepada penduduknya baru-baru ini.

Adakah perarakan ini akan membawa bulldozer dan jentolak untuk memusnahkan Al-Aqsa secara fizikal? Tidak. Tetapi poster yang disebarkan menunjukkan kemenangan Zionis secara berselindung yang membawa mesej ‘kami telah berjaya mendapatkan izin menceroboh masjid kalian dan mencemar maruah kalian’.

Sahabat-sahabat sekalian.

Al-Aqsa hampir setiap hari diceroboh, penduduk sekitarnya dihalang untuk solat di sana dan ditangkap, kebangkitan murabitin mempertahankan kesucian Masjid mengorbankan syuhada’ setiap minggu. Rumah mereka dirampas dan dirobohkan. Memang penduduk di Tebing Barat khususnya sedang bangkit ketika ini.

Kita tak memerlukan jentolak atau perarakan menceroboh masuk kawasan Masjid untuk menjentik hati kita dan menatijahkan tindakan. Kita hanya perlu bertanya diri sendiri, di mana aku dalam perjuangan terbesar ummah di akhir zaman ini?

Nasihat wanita di dalam video, sekurangnya setiap hari sebarkan satu post berkenaan Palestin, kalau tak secara berterusan pun sekurangnya sehingga 28 Mei ini kerana ia adalah penentu nasib Palestin.

Mulakan dengan berkongsi post ini.

kredit :penulis asal

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *