Home / Artikel Cahaya Islam / Berhutang Penyebab Berbohong dan Berdusta

Berhutang Penyebab Berbohong dan Berdusta

Berhutang Penyebab Berbohong dan Berdusta

 

عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Daripada ‘Urwah bahawa ‘Aisyah radliallahu ‘anha mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solat: “Allahumma innii a’uudzu bika minal ma’tsami wal maghram” (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang). Lalu ada seseorang yang bertanya: “Mengapa anda banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya”.(HR Bukhari No: 2222) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW sering berdoa agar dijauhi dari dosa dan terbeban dengan hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

2. Hutang menjadi penyebab seseorang bercakap bohong dan berdusta. Apa tidaknya, ada orang sanggup mencari pelbagai alasan yang direka sehingga menyebabkan orang lain bersimpati untuk meminjamkan kepadanya.

3. Hutang juga menyebabkan seseorang itu mengingkari janjinya dan mencari pelbagai alasan agar dapat menangguhkan pembayaran hutangnya.

Banyakkan doa agar kita terhindar daripada berhutang atau suka berhutang kerana mereka yang berhutang mudah terlibat dengan sifat orang munafik iaitu berbohong dan memungkiri janji.

cnp

About mai

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *