Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / SOLAT SUBUH

SOLAT SUBUH

Solat Subuh sebagai Pengukur Iman.. Andai kita ingin tahu kadar keimanan kita pd hari tersebut, lihatlah kecenderungan hati dan perbuatan kita terhadap kewajipan menunaikan perintah ALLAH SWT seawal pagi.
“Cukuplah mengukurnya dengan Solat Subuh, untuk mengetahui apakah dirinya termasuk org yg jujur dalam beriman kpd ALLAH ataupun berdusta. Apakah ia beriman di atas keikhlasan ataukan riya,” ungkap Syeikh ‘Imad.
Org yg kuat imannya.. akan bangkit di awal waktu untuk menunaikan solat Subuh.
Dia juga berusaha menunaikan solat fardhu yang lainnya di awal waktu sepanjang hari.
Seorang lelaki yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di Masjid di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman nya, karena dia telah menang dalam peperangan jihad nya dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan dari berterusan tidur hingga ke kesiangan..
Rasulullah SAW bersabda,
إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik adalah solat ISYA’ dan solat SUBUH, kalaulah mereka tahu kelebihan keduanya niscaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam kondisi merangkak.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas ‘ud ra berkata, “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. (HR Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah)
Ibnu Umar ra berkata, “Apabila kami menemukan ada pria yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. (HR Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.
Moga ALLAH kurniakan kita ketakwaan dan keteguhan iman kpd NYA sepanjang waktu hingga saat ajal kematian menjemput. Aamiin.. Wallahualam Bissawab.
sumber :  FB: سيتي نور ايلي

About mai

Check Also

Hidayah milik ALLAH

Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *