Breaking News
Home / Uncategorized / BERJAYA DENGAN SOLAT

BERJAYA DENGAN SOLAT

BERJAYA DENGAN SOLAT.
Baiklah, faktor rahsia kemenangan, kejayaan dan kejuaraan atau erti kata sama makna dengan berjaya hanya ada satu sahaja, iaitu solat.
.
Ingat, dengan solat kita akan dapat super duper punya kejayaan. Bukan kejayaan yang biasa-biasa.
.
Pada zaman Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluki Kota Konstantinopel dengan solat tahajjud. Hebatkan?? Ingat, tak berguna amalan sunat sekiranya solat 5 waktu tidak dijaga.
.
Solat itu ibarat tiang-tiang di rumah kita. Amalan yang lain ibarat bumbung rumah. Tiang runtuh bumbung pun runtuh juga. Betapa pentingnya solat untuk dijaga.
.
Lagi satu kehebatan solat hanya pada agama kita sahaja, Islam. Solat kita ini terlampau bernilai di sisi Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita.
.
Bila amalan kita naik ke atas ketika itulah solat akan mendoakan kepada tuannya sama ada kebaikan atau keburukan berdasarkan cara pelaksanaan solatnya.
.
“Semoga Allah menjaga kamu sebagaimana engkau menjaga aku”.
.
Itu doa bagi orang menjaga solat dengan khusyuk dan hadir hati dalam solat. 2 aspek ini begitu penting supaya Allah menerima solat kita. Itu yang sepatutnya difikir, adakah solat aku diterima??
.
“Semoga Allah membiarkan kau sebagaimana kau membiarkan aku”.
.
Lagi dahsyat kalau amalan kita mendoakan keburukan. Amalan kita akan berjumpa dengan pencipta kita. Solat orang begini akan mendapat azab yang pedih. Ingat, solat lah elok-elok jangan cincai-cincai.
.
Solat kunci kejayaan kita. Inn shaa Allah janji Allah itu pasti. Quran dah merakamkan firman Allah dalam surah Al Mukminun. Ingat tak?? tak tahu… haah balik buka quran baca yeee.
.
Lagi satu “berjaya” nya seseorang itu telah digambarkan dalam surah Al Mukminun pada ayat 10 dan 11.
.
Firman Allah SWT,
.
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10).
.
Mereka mewarisi syurga Firdaus, dan mereka kekal di dalamnya (11).
.
Lagi beruntung apabila kita menjaga solat dengan khusyuk dan tawaduk inn shaa Allah, Allah memilih kita untuk masuk syurga FIRDAUS. Syurga ni bukan sebarangan sangat mahal nilainya.
.
Apatah lagu syurga FIRDAUS!! The top first of heaven.
.
.
Kredit Twitter : atulmimpimika
Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki 2

About mai

Check Also

AKU BAHAGIA

AKU BAHAGIA Allah ta’ala menuntut hamba-hamba-Nya untuk bersyukur kepadanya. Malah, Allah ta’ala memerintahkan para nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *