Home / Artikel Cahaya Islam / Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji

Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji

Bersifat Terpuji Jauhi Sifat Keji

عَنْ الحسين بن علي بن أبي طالب عن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ مَعَالِيَ الأُمُوِر وَأَشرَافَهَا وَيَكَرهُ سَفْسَافَهَا

Daripada Husain bin ‘Ali bin Abi Talib RA, bahawa Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak dan sifat) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak buruk) dan keji ”. (HR Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sebagai Muslim kita dituntut memiliki akhlak terpuji dan mulia.

2. Allah mengasihi orang yang memiliki akhlak terpuji dan mulia seperti sifat rahmah dan kasih sayang, bertolong bantu, berlumba melakukan kebaikan dan lain lain.

3. Allah benci orang yang memiliki akhlak buruk dan keji.

4. Wajib bagi kita menjauhi akhlak buruk dan keji seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba, bermusuh dan sebagainya.

Marilah kita sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang keji, dan berusaha memperbaiki diri serta menambah dengan sifat-sifat mulia dari terpuji.

About mai

Check Also

Temoh Suci Antara 2 Haid

Soalan: Assalamualaikum. Saya keliru menentukan tempoh antara darah istihadah dan darah haid. Bagaimana pula untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *