Home / Uncategorized / CARA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD

CARA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD

CARA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD

Waktu the best nak buat sekitar 3.30pagi hinggalah sebelum subuh.

Niat ke dalam hati “aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH”, tak perlu lafaz niat.

Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam dan berterusan semampunya.

Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya.

Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yang kita hajatkan.

Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham.

Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau !.

Jangan solat laju², slow and steady. Yang penting buat setenang²nya.

Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana² zikir yang kita hafal.

Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.

Keutamaan Solat Tahajjud :

1 – “Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah RahmatNya.”
~ Qs. Adz Dzariyat Ayat 15 – 18

2 – “Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji.”
~ Qs. Al Israk Ayat 79

3 – “Mendapat pujian daripada Allah.”
~ Qs. Al Furqan Ayat 63 – 64

4 – “Dilihat sebagai orang yang beriman.”
~ Qs. As Sajadah Ayat 16

5 – “Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas.”
~ Qs. Az Zumar Ayat 9

Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’”
~ Hr. Al Jama’ah

Alhamdulillah ♥️

Cnp

About mai

Check Also

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *