Hari ini saya terpandang status di what’sapp sahabat saya. Beliau letak caption.
“Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yg telah tiada.”
Sebagai seorang sahabat yg mengetahui isterinya baru sahaja meninggal dunia 2 bulan lepas. Saya pun terus mesej kata² semangat pada beliau.
“Bertabah ye Zack (Bukan nama sebenar), banyakkan berdoa.
Semoga roh arwah tenang disana.”
“Thanks Eddie, kebetulan kau text aku.
Boleh aku call kau?.”
“Boleh bro, silakan. Aku pun free ni.”
Tak lama berselang. Zack pun telefon saya.
Sedang rancak berbual di talian. Tiba² Zack terdiam sekejap. Nada suaranya tersekat² dan seolah² sedang bersedih.
“Eddie, kau tahu tak. Sekarang ni aku hidup penuh dengan rasa serba salah dan penuh penyesalan. Aku menyesal dengan apa yg aku dah buat dekat arwah sebelum ni.”
“Kenapa pulak Zack. Apa yg kau kesalkan?”
“Macam ni bro,
2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal.
Aku pernah terkantol mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising². Aku pun terus lah cakap.
‘Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.’
Lepas dari aku cakap tu Eddie, aku tengok isteri aku banyak berdiam.
Hari² aku balik kerja dia dah tak ceria macam dulu. Agaknya dia terasa sangat dengan apa yg aku cakap. Sampailah sehingga 1 hari sebelum dia ditidurkan. Dia ada cakap dalam telefon.
‘Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yg Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.’
Allahuakbar,
terdiam sekejap saya mendengar cerita dari sahabat saya ni. Saya terus bagi kata² semangat kepada Zack.
“Allah, sedihnya aku dengar Zack.
Mesti dia terasa kan bila dengar kau cakap macamtu. Kau sempat minta maaf tak dengan dia?”
“Alhamdulillah Eddie, aku sempat minta maaf salah silap aku dekat dia sebelum dia meninggal. Tapi. “
“Tapi kenapa bro”
Sahabat saya terus mendiamkan diri.
Agaknya tengah bersedih.
“Zack, kau okay tak.”
“Okay bro, aku okay. aku cuma sedih sebenarnya. Aku baru je godeh² (bukak) handphone arwah pagi tadi.
Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yg ada dekat handphone dia.
Kau nak tahu tak apa yg aku jumpa dekat handphone dia.”
“Kau jumpa apa bro?”
Aku tengok apa yg dia search dekat YouTube dia.
‘Cara² untuk kurus dalam tempoh sebulan.’
‘Cara² untuk turunkan berat badan.’
‘Cara² bakar lemak.’
‘Cara buat air Detox untuk kurus’
‘Cara² tahan lapar.’
Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yg dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yg cukup untuk beli semua tu.”
Terdiam sekejap saya mendengar apa yg diceritakan oleh sahabat saya ni.
“Allah, sedihnya aku dengar. Tak apa Zack, benda pun dah lepas. Tak perlu fikir lagi ye. Kau banyak² kan berdoa untuk arwah isteri kau kat sana. Mesti dia bangga kalau dia tahu kau dah mula sedar kesilapan kau kan.”
“Thanks Eddie, sebab bagi aku semangat.
And aku harap kau tulis apa yg aku ceritakan dekat kau ni. Supaya jadi iktibar dan tauladan dekat orang lain. Supaya lebih menghargai isteri ketika masih ada. Jangan jadi macam aku. Isteri dah tak ada baru nak menyesal.
1 lagi,
Kalau nak isteri cantik, kita sebagai suami kena sentiasa bagi semangat. Bantu dia apa yg patot supaya dia ada masa untuk nak exercise. Bagi dia duit yg sepatotnya untuk dia beli supplement atau ubat kurus, bukan tau hanya nak kondem je macam apa yg aku buat sebelum ni.”
Baik bro, InshaAllah jika ada kelapangan aku akan share perkongsian kau ni.
Setuju dengan apa yg kau cakap.
Setiap orang metabolisma dia tak sama.
Ada orang makan sikit je dah gemok, ada orang makan banyak macam mana pun tak gemok².Jadi bukan mudah untuk seseorang tu nak kurus semula tanpa sokongan suami dan bantuan seperti ubat kurus.”
* Dikongsi dengan izin.
Nama, jalan cerita dan watak telah saya ubah bagi mengelakkan diri pencerita dikenali.*
Penulis:- Eddie Dieana