PERIA BANYAK KHASIAT
Saya suka makan peria sebagai ulam atau dimasak sebagai lauk dalam hidangan makanan.
Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Oleh kerana peria mempunyai banyak khasiat, ia dapat meningkatkan sistem daya tahan bagi mengurangkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
Bagi pesakit gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis juga sesuai mengamalkan peria sebagai suplemen dalam pemakanan mereka.
Rasanya memang pahit, dan kebanyakan herba yang pahit mengandungi banyak manfaat.
Kredit : Dr Zubaidi
#HealthDrZubaidi