Bagaimana Menjadikan Hati Tenang?
Dalam hidup ini, ada kalanya hati kita berada dalam keadaan gelisah, risau, runsing, tidak tenteram dan sebagainya. Setiap kita mengharapkan agar sentiasa memiliki hati yang tenteram, tenang dan sejahtera.
Ibn Masud RA pernah berpesan:
“Seseorang datang kepada Ibn Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masud menyarankan agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya:
Pertama: Tempat orang membaca Al-Qur’an dengan mendengarkan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.
Kedua: Mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu dan mendengarkan syarahan.
Ketiga: Datang ke tempat-tempat yang sunyi untuk menyendiri dengan beribadah dan dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah SWT (seperti bangun di malam hari dan beribadat).
Serta-merta orang tersebut berwuduk lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (Al-Isra ayat 82)
Seorang hukamak pernah berkata:
“Ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu”.
Kredit : kapsul_tazkirah