Home / Artikel Cahaya Islam / Hidayah milik ALLAH

Hidayah milik ALLAH

Budak 9 Tahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam, Comel Pakai Serban Solat Di Masjid
Hidayah itu milik ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).
Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latar belakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.
Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.
Baru-baru ini, Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.
Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.
Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.
Namun, jawapan ibunya sangat mengejutkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.
Subhanallah… 🤲❤️

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *