Home / Artikel Cahaya Islam / Iblis Penyuluh Jalan

Iblis Penyuluh Jalan

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.

solat-jemaah-di-masjid

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..’ Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat. Lelaki itu menjawab:

Aku adalah IBLIS (syaitan)

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Syaitan kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itu pun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid.

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu. Saya kuatir jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dengan selamat….’

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.

About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. Erm pernah dengar cerita macam nie… tetapi version dia lain sikitla.. apa2 pun ia menceritakan tentang kepentingan solat berjemaah walau kita sibuk manapun.. terima kasih.
    .-= zik menulis diblognya tentang.. Zikrihusaini dot com dapat award !! =-.

  2. bagus sekali artikel ni….heblis (sebutan org2 tua kat kg aku) n konco2nya memang akal panjang nak rosakkan manusia… 😀
    .-= etomyam menulis diblognya tentang.. Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta? =-.

  3. salam sahabat..
    Hu,,sungguh memberi keinsafan pada suri..jalan cerita yang menraik…muhasabah diri seketika..

    thks abg wan.nice storey 🙂
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

  4. syaitan atau iblis ada di mana2..kita sbg makhluk Allah perlu senantiasa berwaspasa..!!

    Wan..x jumpa di blog tp blh jpa dlm FB.. 🙂
    .-= Kak Lina menulis diblognya tentang.. =-.

    • hehe..FB menawarkan pesanan ringkas yg lebih menjimatkan masa..di FB lebih mudah utk berinteraksi..terima kasih kerana menyokong saya kak lina! (^_^)

  5. adakah cite tu benar2 berlaku atau skadar renungan je ek? sbb confius setan bercakap dgn manusia
    .-= x-po menulis diblognya tentang.. PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.

    • Samada yg ini kisah benar atau tidak saya tak boleh jamin sebab saya tak ada pun masa kejadian berlaku :p

      Namun soal iblis bercakap dengan manusia itu bukanlah satu kejadian yang perlu dihairankan..telah banyak diceritakan kisah para nabi dan wali Allah tentang pertuturan mereka dengan syaitan..

      Wallahualam..

  6. Salam..

    Aku suka cerita yg begini.. walaupun aku pernah membacanya aku suka membacanya lagi.. maklumlah kadangkala aku ni terlupa.. terlupa yg aku ni hamba Allah…

    Terima kasih..
    .-= Zoul menulis diblognya tentang.. Terjunnnnn.. =-.

    • kisah2 berguna camni baca berapa kali pun tak jadi masalah! Yang penting kita dapat ilmu..kalau baca kisah2 artis tu saya rasa satu kali pun baik tak payah..hehehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *