IMAM
Kisah hari ini.. 😭sangat menyentuh perasaan saya. Seorang ahli kariah, wanita berumur 76 tahun meninggal dunia..
Sepatutnya saya bertugas untuk mengimami solat jenazah Al-Marhumah. Tiba-tiba suami beliau…seorang pakcik yang saya anggarkan umurnya sekitar 80 an minta izin untuk mengimami jenazah isteri beliau yang tercinta…
Wajah suami amat tenang… namun disebalik matanya jelas kelihatan kesedihan yang amat mendalam..
Ketika menjadi imam, beliau berusaha sedaya mungkin untuk menahan tangisannya… dan menyembunyikan kesedihannya… namun akhirnya tumpah juga air mata seorang suami.. suara beliau tersekat-sekat kerana sebak ketika mengucapkan “Allahu Akbar”…
Beliau ingin menjadi IMAM untuk isteri tercinta buat kali terakhir…
Saya dengar berulang kali beliau menyebut “Allahummaghfir laha ”
(Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya..)
Setelah solat, beliau memeluk keranda isteri tercinta… ternyata kepingan papan kayu itu tidak dapat memisahkan kasih sayang mereka..
Dalam perjalanan ke tempat perehatan terakhir… suami enggan menaiki kereta anak-anaknya… sebaliknya memilih untuk menemani isteri tercinta di dalam van jenazah…
Menemani teman hidupnya dalam perjalanannya yang terakhir..
Di tanah perkuburan… suami yang uzur ini berusaha utk mendekati liang lahad untuk mendekati liang lahad isteri tercinta… sehingga orang kelilingnya memegang beliau kerana bimbang beliau terjatuh ke dalam liang kubur..
Saya yakin, sekiranya kudrat pakcik ini masih kuat, nescaya beliau sendiri akan masuk ke dalam liang itu utk menyambut tubuh teman hidupnya…
Ketika saya membaca talkin di sebelahnya… saya dapat merasakan kehangatan kasih sayangnya yang amat mendalam terhadap isteri tercinta…
Ternyata tanah itu tidak dapat memisahkan cinta mereka…
Dengan linangan air mata, sambil tertunduk ke tanah, mulutnya terkumat kamit mengirimkan doa untuk cinta hatinya di bawah sana…
Saya berasa amat cemburu.. apakah rahsia kisah cinta mereka? Cinta yang sejati sehingga saat terakhir…
Mereka tidak seperti pasangan2 muda hari ini…
Mereka tidak pandai untuk post gambar-gambar romantik mereka di media sosial…
Mereka tidak pandai untuk upload caption2 yg romantik di media sosial…
Mereka tidak pandai berlakon di hadapan kamera…
Tetapi cinta mereka utuh sehingga akhir usia…
Hargailah pasangan anda… mereka adalah pnjaman Tuhan kepada kita… sampai masanya mereka akan pergi…
kredit : penulis asal