Jauhi Dosa Besar
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ فَقَالَ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang termasuk dosa besar? Kami menjawab; “Tentu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua.” ketika itu baginda tengah bersandar, kemudian duduk lalu melanjutkan sabdanya: “Perkataan dusta dan kesaksian palsu, perkataan dusta dan kesaksian palsu.” Baginda terus saja mengulanginya hingga saya mengira baginda tidak akan berhenti.” (HR Bukhari No: 5519) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Menjadi kewajipan setiap Muslim menjauhi segala perkara dosa besar
2. Antara perkara yang termasuk dosa besar ialah:
a. Melakukan syirik
b. Mendurhakai kedua orang tua
c. Berdusta atau bercakap bohong
d. Menjadi saksi palsu
3. Daripada Abu Bakar ash Shiddiq, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Kalian mesti menjauhi dusta kerana dusta akan sentiasa bersama dengan kejahatan dan keduanya ada di dalam neraka“. (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya). Hari ini berdusta bukan hanya dengan lisan malah yang lebih parah ianya disebarkan melalui penulisan juga karikatur dipelbagai media sosial, ditulis, dilukis dan ditularkan.
4. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Daripada Abu Hurairah:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق
“Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.” (HR Bukhari No: 6477)
Marilah kita berusaha menjauhi segala dosa besar.
cnp