Suatu pengalaman yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Masa tu saya adalah seorang pelukis potret yang biasa melukis di pasar malam. Setiap kali melukis saya akan edarkan bisnes kad. Pada kebiasaannya, 100 keping kad habis dalam masa 2-3 jam saja. Kad memang laku, bisnesnyer tak macam pun..hohoho..
Ramai yang ambil kad saya tu bukan nak tempah potret atau apa-apa urusan bisnes pun, tapi lebih kepada ingin berkenalan..ehem..tak salah pun nak berkenalan, kenal lagi ramai orang lagi bagus, kan! Tapi ada satu orang ni cara dia nak berkenalan lain sikit..saya imbas kembali mesej yang dihantar..
Dia- “Hai, boleh berkenalan?”
Saya- “Boleh, apa salahnya? Awak ni siapa?”
Dia – “Saya ni salah seorang peminat awak!”
Saya- “Peminat? Macam mana boleh ada peminat pulak ni? Awak jumpa saya kat mana?”
Dia- “Masa awak lukis potret kat Pantai hari tu!”
Saya- “Oh..hohoho..”
Dia- “Saya ni lelaki, awak kawan tak dengan lelaki?”
Saya- “Saya pun lelaki jugak, tentu la kawan!”
Dia- “Kawan macam mana?”
Saya- “Macam mana apa? Biasa la kawan..macam mana lagi?”
Dia- “Maksud saya ‘kawan istimewa’!”
Saya- “Oh, kawan-kawan saya semua istimewa buat saya! Hahaha..!”
Dia- “Kalau saya kata saya suka kat awak?”
Saya- “Oh, saya pun memang suka kat kawan2 saya! Hahaha..(Apa mangkuk budak ni nak sebenarnya! Isk!)”
Dia- “Maksud saya suka, cinta!”
Saya- “Kita sesama manusia memang perlu mencintai sesama insan! (ni mesti ada sesiapa nak kenakan aku ni!)”
Dia- “Boleh tak saya jadi ‘teman istimewa awak’?”
Saya-“Macam ni, bagi saya semua kawan-kawan saya adalah kawan yang istimewa buat saya, saya berkawan dan menjalinkan persahabatan kerana Allah! Saya tak kisah siapa kawan saya, saya tak kisah macam mana orangnya, yang penting kita ada niat yang betul. Saya boleh berkawan dengan awak, tapi biarlah persahabatan ini kerana Allah, mana yang silap kita betulkan, mana kekurangan kita baiki. Kalau awak nak pergaulan yang pelik-pelik, saya terpaksa hampakan awak!”
Dia- …………………………………..
Selepas itu dia tidak hubungi saya sampai hari ini. Wahahaha..leganya hatiku! Ada juga orang macam ini ya! Allah amat murka kepada golongan lelaki ataupun wanita yang bercinta sesama jantina. Kenapa dalam masyarakat islam begini masih ada orang seumpama ini? Saya tidak hairan kalau agama lain, tetapi bangsa kita yang hidup dalam masyarakat Islam dan budaya Melayu yang penuh adat, kenapa boleh jadi macam ni? Sedih!
zaman skrg ni mcm2 benda yg brlaku..kdg2 benda2 yg x trpikir dek akal kita yg waras ni..mgkn ianya salah 1 tanda2 dunia dah smpi ke hujungnya..wallahualam…
Hik..hik..
sah memag mamad ni dah salah parking..isyh..isyh..apa dia tak takut ke pada kejadian manusia ditelan oleh bumi…??
Dia dah hilang akal la tu..hahahaha
.-= wanwma menulis diblognya tentang.. Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda =-.