Ini adalah sambungan daripada artikel dahulu yang mana kita membincangkan tentang OPM. Anda boleh semak artikel tersebut di sini. Kali ini kita akan bicara pula tentang OPE atau Other People Effort dan boleh juga kita kira sebagai OPT atau Other People Time, maksudnya ialah Masa atau Tenaga orang lain. Apa kaitannya tentang OPE atau OPT dengan cara buat duit? Jom kita semak dengan contoh ini:
Nuar adalah seorang pekerja kilang yang bergaji RM1000 sebulan. Beliau sentiasa berjimat cermat dan menyimpan wang gajinya untuk kegunaan di masa hadapan. Setelah menyimpan wang beberapa tahun dengan pelbagai sumber, akhirnya Nuar berjaya mengumpulkan wangnya sehingga RM10,000.
Selama beliau menyimpan wang, beliau mendapati bahawa wangnya tidak aktif dan hanya bertambah ketika beliau memasukkan wang sahaja. Selain dari itu, seolah-olah tiada sebarang aliran wang masuk ke akaun beliau. Beliau mula memikirkan cara untuk melipat gandakan pendapatannya.
Satu idea yang beliau dapat ialah:
Buka sebuah gerai yang menjual kuih di depan kilangnya.
Dapatkan bekalan kuih di pasar dengan harga borong.
Gunakan RM5000 untuk modal memulakan perniagaan. Simpan RM5000 selebihnya.
Gunakan separuh wang gaji untuk membayar upah pekerja pada peringkat permulaan.
Nuar terus mendapatkan rakannya yang masih belum bekerja tetapi mempunyai sikap yang rajin dan amanah. Nuar membayar upah rakannya itu sebanyak RM400-500 sebulan untuk bekerja separuh hari iaitu daripada pagi sehingga tengahari. Tugas yang perlu dilakukan oleh rakannya ialah pergi beli kuih di pasar secara borong dan jualkan di gerai yang telah disediakan berhampiran kilangnya.
Saya tidak tahu samada Nuar berjaya menjalankan perniagaannya dengan baik ataupun tidak..hahaha..sebab ini adalah cerita rekaan untuk contoh sahaja. Tapi dari cerita ini dapatlah kita jelaskan apakah maksud OPE dan OPT itu. Nuar menggunakan masa dan tenaga rakannya untuk membuka sebuah gerai kuih. Nuar sendiri tidak mempunyai masa untuk menjual kuih kerana beliau perlu bekerja di waktu itu.
Bagaimanapun Nuar masih boleh berniaga dengan mempergunakan orang lain. Ya! Sebenarnya hampir semua orang sanggup dipergunakan oleh orang lain! Dengan syarat mereka dibayar upah.
Dalam kita tidak sedar, sekarang ‘masa’ dan ‘tenaga’ kita juga sedang dipergunakan oleh orang lain. Namun ia bukanlah sesuatu yang buruk memandangkan kita sama-sama bersetuju berbuat demikian. Kita guna masa dan tenaga kita, mereka pula membayar kita sebagaimana usaha yang telah kita lakukan.
Tetapi kenapa pula kita tidak berfikir untuk memanfaatkan wang yang kita ada untuk menggunakan orang lain pula? Jadi inilah sebenarnya kaitan Idea Buat Duit dengan OPE atau OPT! Jadilah orang yang kreatif, cuba fikir akan peluang yang terdapat di sekitar anda. Kalau tak ada duit anda boleh guna OPM, kalau tak ada masa dan tenaga, anda boleh guna OPE dan OPT! So, tiada alasan lagi!
Selamat mencuba!
Ehem..sebelum saya terlupa, akan datang saya akan membincangkan pula dengan anda tentang bagaimana cara nak buat duit dengan OPE dan OPT tanpa perlu membayar upah! Hohoho…nantikannya!
salam wan..
skrg ni ramai dr kita yg jadi “kuli” je..bekerja bermati2an utk org lain..betol x wan?..sekali sekala teringin gak nak jd bos…he2..tp kene step by step la.. 🙂
Betul tu Sis! Sebab semua org nak makan gaji, jawatan kosong pun kurang, tu pasal la ramai graduan menganggur! Tak ramai yg nak usaha buat bisnes sendiri.
Tak salah pun kerja makan gaji, tapi buat la rancangan utk jadi Bos pulak akan datang! hohoho..