Home / Islam / Kematian

Kematian

أَكْثَرُهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوْتِ وَأَكْثَرُهُمْ اِسْتِعْدَادًا لِلْمَوْتِ أُوْلَئِكَ الأَكْيَاسُ، ذَهَبُوا بِشَرَفِ الدُّنْيَا وَكَرَامَةِ الأَخِرَةِ.

Maksudnya: “Manusia yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak menyiapkan diri untuk menghadapi kematian, mereka inilah manusia yang paling cerdik. Mereka pergi dengan kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat.” Riwayat Ibn Majah (4259)

Beberapa pandangan ulama berkenaan dengan kematian, antaranya:

✽ Ahmad Syauqi seorang penyair Mesir berkata: “Sesungguhnya kematian adalah kesudahan setiap yang hidup.”

✽ Ibn Nabatah al-Sa’di berkata: “Siapa yang tidak mati dengan mata pedang maka dia mati dengan selain daripada itu.”

✽ Hasan al-Banna berkata: “Cintalah kematian kerana ia memberi kepada kamu kehidupan.”

✽ Al-Hasan al-Basri berkata: “Tidaklah melazimi seorang hamba mengingat kematian kecuali dunia dirasakan kecil.”

✽ Abu Darda’ berkata: “Jika kamu sebut orang-orang mati maka jadikanlah diri kamu salah seorang daripada mereka.”

✽ Sufyan al-Thauri berkata: “Wahai jiwa bertaubatlah kerana mati sesungguhnya telah hampir.

About mai

Check Also

suami isteri akhir zaman…

Kita ni suami isteri akhir zaman… Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *