Home / Jin-sihir-santau-mistik / Kepercayaan Melayu, Amalan Khurafat dan Adat Resam

Kepercayaan Melayu, Amalan Khurafat dan Adat Resam

Melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan budaya dan adat-istiadat. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi dan menjadikan adat resam masyarakat Melayu pada ketika itu begitu unik dan bercampur aduk dengan adat atau budaya bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Siam dan Arab selain bangsa Melayu itu sendiri.

Pepatah Melayu ada menyatakan ” Biar Mati Anak Jangan Mati Adat “. Pepatah ini jelas membuktikan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Masyarakat Melayu di Malaysia pula sinonimnya dikaitkan dengan Islam. Justeru, kadang-kadang ada segelintir masyarakat Melayu yang mengatakan adat-adat tertentu yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu dari tradisi agama Islam. Malah, ada juga amalan khurafat yang diteruskan hingga kini termasuk dalam kalangan pemimpin-pemimpin orang Melayu sendiri. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa itu khurafat? Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta. (Sumber)

Ciri-ciri khurafat adalah seperti berikut:

(i) Ia tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith;

(ii) Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;

(iii) Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang
bercanggah dengan Islam;

(iv) Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah Ta’ala untuk
tujuan yang bercanggah dengan ajaran Islam;

(v) Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut, dan
sebagainya untuk tujuan yang tertentu; dan

(vi) Ia mempunyai unsur-unsur negatif kepada akidah dan syariah Islam.

Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

  1. Mendirikan Rumah Baru.
  2. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.
  3. Kenduri Tolak Bala.
  4. Upacara Persandingan.
  5. Mengandung / Kelahiran bayi
  6. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.
  7. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
  8. Membuang Air Kecil/Besar.

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah seperti berikut :-

  1.  Puja Kubur.
  2. Keris, Kemian dan Limau.
  3. Ancak.
  4. Sanggu.
  5. Sangkak.
  6. Pemujaan Tanduk Kerbau.

Huraian lanjut boleh dirujuk di sini.

Agama Islam seharusnya membimbing adat resam atau budaya Melayu supaya berlandaskan agama dan tidak mengamalkan kepercayaan karut, khurafat dan syirik kepada tuhan. Justeru, Persoalannya kenapakah masih ada masyarakat Melayu Islam yang masih lagi mengamalkan adat resam yang nyata bercanggah dengan agama Islam yang dianuti? Usaha keras perlu dijalankan untuk membasmi penyakit yang sekian lama membarah dalam masyarakat Melayu ini.

Petikan dari: Al-Muhandisu

About wanwma

Check Also

Lepaskan Jerutan Tali Syaitan Ketika Tidur

Lepaskan Jerutan Tali Syaitan Ketika Tidur عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّه …

One comment

  1. Minta maaf terlebih dahulu..
    Kita in orang Arab ke orang Melayu?
    Setiap hari kita gunakan bahasa Melayu
    Apakah semua orang bolih memahami bahasa Arab.
    Science dan Technology berasal Dari mana? Arab ke?
    “TAK MELAYU HILANG DIDUNIA” tapi adat Melayu jati?
    – Maafkan Saya kerana berfikir sedemikian..
    Allah Maha Pengasih Dan Penyayang – Idzinkan saya memegang sedikit Adat resam Melayu saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *