Home / Motivasi / Kisah Cinta Seekor Burung…

Kisah Cinta Seekor Burung…

Sebuah kisah benar yang berlaku dalam dunia haiwan. Kisah percintaan seekor burung yang berjaya membuka minda manusia bahawa haiwan juga mempunyai perasaan. Cerita ini berkisar tentang detik-detik terakhir cinta seekor burung yang  sempat diabadikan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di situ. Mari sama-sama menghayati kisah cinta ini…

Nun jauh di sana kelihatan seekor burung betina mengalami kecederaan parah sedang terlantar di atas jalan. Dia dilanggar kenderaan ketika terbang pada paras yang terlalu rendah.

Dalam kekalutan itu, kekasihnya Si Jantan datang dengan membawa sedikit makanan.

Si Jantan tidak tahu mahu lakukan apa lagi selain memberikan kekasihnya sedikit makanan yang ada. Dengan susah payah dia cuba menyuapkan makanan itu kepada kekasih kesayangannya. Namun dia terkejut kekasihnya semakin lemah dan terus diam..

Dengan perasaan penuh gelisah dia cuba memanggil-manggil kekasihnya yang terkujur kaku. Cuba sedaya-uapaya menggerakkannya dengan perlahan-lahan…

“Awak…bangunlah! Bangunlah awak!”

Tangisan si burung jantan mula kedengaran…tetapi kekasihnya itu langsung tidak bergerak lagi.

Si burung terus menangis dan menangis disamping kekasih kesayangannya..

Sehingga akhirnya dia sedar, tiada apa lagi yang mampu dilakukan..Kekasih kesayangannya telah meninggal dunia buat selama-lamanya…Dia termenung panjang menahan sebak di dada.

Berjuta manusia dari Amerika, Europe dan India menangis melihat gambar-gambar yang menyayat ini. Begitulah yang dinyatakan oleh jurufoto yang mengambil gambar ini. Adakah kita masih rasa haiwan sedikit pun tidak mempunyai sebarang perasaan?


About wanwma

Check Also

“bestnya dia, takde masalah ke dia?”

Manusia Sering Lupa Bila merenung diri, sekeliling dan masyarakat, kita tertanya-tanya “bestnya dia, takde masalah …

No comments

  1. Salam…

    Kisah yang benar2 menyayat hati…bagaimana haiwan pun punya perasaan sayang..apatah lagi manusia..saya pun pernah terbaca satu kisah tentang monyet yang meratapi kematian ibunya angkara kerakusan makhluk yang bernama manusia dan yang paling tragis si anak masih lagi menyusu susu ibunya yang dah kaku x bernyawa…

  2. mengalir air mata dah ni… terima kasih atas perkongsian ni bro

  3. kisah yang menyayat hati

  4. See life from bird eyes, then you will see the big picture.

  5. seriously sodey….mengalir air mata ni..tp betul ke burung tu pasgn kekasih…mana tau adik bradik ke….

  6. minta izin copy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *