Entri kali ini adalah sambungan daripada entri lepas iaitu Koleksi Fakta. Mengetahui fakta-fakta menarik ini membantu kita menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka mata hati merasai kebesaran Allah. Sama-samalah kita mengambil manfaat dari fakta yang dianggap benar seperti mana kajian yang telah dibuat. Selamat Membaca!
Tahukah Anda Bahawa:
Angel falls di Venezuela adalah air terjun tertinggi di dunia
pada ketinggian 3,212 kaki.
Syarikat keretapi India mempunyai perkerja teramai di dunia,
iaitu lebih sejuta pekerja.
Bunga terbesar di dunia ialah Rufflesia, membesar sehingga 10 kaki.
Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama
‘The General Sherman Tree’. di Sequola National Park. Setinggi
275 kaki dan 37 kaki lebar.
Olympus Mons, sebuah gunung berapi yang terdapat di planet marikh
adalah gunung berapi yang terbesar yang pernah dijumpai di cakrawala.
Seluas 595 km dan setinggi 24 km.
Jupiter, planet ke lima dari matahari, adalah planet terbesar sekali.
Ianya dua kali ganda lebih besar dari gabungan kesemua planet yg lain.
Kura-kura terbesar yang pernah ditemui ialah seberat 2,016 paun.
Objek terbesar yang pernah ditemui dalam loji pembentungan Los
Angeles, Amerika ialah sebuah motosikal.
Misai terpanjang di dunia ialah 133 1/2 inci yg dimiliki oleh
Kalyan Ramji Sain.
Permainan Monopoly yang paling lama ialah selama 660 jam.
Pada suhu 40%C, seseorang akan kehilangan 14.4 kalori dengan
bernafas.
3000 dari 1 juta rakyat Amerika menjadi penghisap rokok setiap tahun.
Kebanyakan darinya adalah kanak-kanak.
Jika anda cuba untuk mengira jumlah keseluruhan bintang yang ada
dilangit dengan kadar 1 bintang satu saat, anda memerlukan masa
3000 tahun untuk mengira kesemuanya.
Purata setiap orang akan menghabiskan masa selama 2 minggu dari
keseluruhan hidupnya untuk menunggu lampu trafic bertukar.
Lebih 2500 orang yang tangan kidal mati di seluruh dunia akibat
menggunakan peralatan utk tangan kanan.
Hanya 1 dari 2 billion manusia yang akan hidup lebih dari 116 tahun.
Anda berkongsi hari jadi bersama-sama 9 juta orang lain di seluruh dunia.
Lebih kurang 0.7 % penduduk dunia mabuk setiap detik.
Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita
Janggut manusia mengandungi 7000 hingga 15,000 bulu.
Rambut, 70% lebih mudah digunting jika ianya direndam dulu dengan
air suam selama 2 minit.
Peningkatan jumlah kereta di dunia 3 kali lebih banyak dari
jumlah kadar kelahiran manusia.
Filem animasi Tarzan, dibuat oleh seramai 1,175 pelukis animasi
dan mengambil masa 3 tahun untuk siap.
Secara purata, seseorang manusia menelan 8 labah-labah sepanjang
hidupnya.
Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan
chmpanzees.
Menghantuk kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150
sejam.
Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hidupnya.
Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.
Berat bau ialah lebih kuang 760 nanograms.
Bumi mengalami 50,000 kali gempa bumi setiap tahun
Memandu dengan kelajuan 121 km sejam, anda memerlukan masa selama
258 hari untuk mengelilingi lingkaran planet saturn.
Beg udara di kereta akan meletup pada kelajuan 322 km sejam.
1/3 penyakit kanser ada kaitan dengan matahari.
Ada 1000 kimia dalam secawan kopi.
7 bilion kabus diperlukan untuk memenuhi satu sudu teh
Berat Bungkah ais batu di kutub di dunia ialah 20 juta tan.
Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang
hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang.
Otak anda seberat 3 paun, semuanya air kecuali 10 aun.
Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata
setiap manusia akan dapat 100 kaki persegi.
Purata setiap orang membuat 1,140 panggilan talipon setahun.
Di abad pertama, 1/3 penduduk dunia memeluk Islam
75% surirumah di Amerika Syarikat menguruskan kewangan di rumah
1/4 dari tulang anda adalah di kaki
Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku kaki.
Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
Berat bumi ialah 6,588,000,000,000,000,000,000,000,000 tan
Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun
Mimpi adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna
Purata setiap orang ketawa 15 kali sehari
Sejak 3500 tahun, darinya hanya 230 tahun saja dunia aman tanpa perang.
Manusia bergayut di talipon purata 2 tahun dari sepanjang hidupnya
Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah
427 km sejam.
Pada 1980, Hospital Las Vegas menggantung pekerjanya yang bertaruh
bila seseorang pesakit itu akan mati.
Di Utah, adalah menyalahi undang – undang jika bersumpah di hadapan
mayat.
1 dari 7 orang di Manhattan berjalan kaki ke pejabat.
Kacang adalah salah satu dari bahan di dalam dynamite.
Sekarang ada 6 bilion penduduk dunia, pada tahun 1900 cuma ada
1.6 bilion sahaja.
Planet Neptune belum lagi melengkapkan putarannya mengelilingi
matahari sejak ia mula ditemui pada 1846. Oleh kerana ia mengambil
masa 155 tahun untuk melengkapkan pusingan, ianya hanya akan
berlaku pada tahun 2011
Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya
4 baris perkataan.
Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang,
tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor.
Nisbahnya 1 orang – 350 kambing
Teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.
Sehingga tahun 1820, semua saintis menyangka alam semesta berusia
6000 tahun. Kini telah diketahui bahawa alam semesta sebenarnya
telah berusia 15 bilion tahun.
Hanya 4 % dalam alam semesta yang boleh kita lihat
Ketika zaman dinasor tak ada rumput. Rumput mula muncul menjalar
dari pokok buluh 24 juta tahun lalu.
*Sumber Adeq Ita & Aimanku.com
salam & selamat pagi….
ada ke org nak menghantuk kepala ke dinding semata2 utk bakar kalori? wallahualam… 🙂
byk info yg baru aku tahu ni..tq bro
.-= x-po menulis diblognya tentang.. PENGALAMAN SEBAGAI GURU =-.
Woww..banyaknya info yang menarik. aku akan start menghntuk kan kepala di dinding untuk kelihatan lebih langsing dan sihat.haha.. 🙂