Kurma Yang Dikunyah.
Orang yang hanya menghisap sebiji kurma tanpa mengunyahnya, biasanya tidak dapat merasai kemanisan kurma.
Sebaliknya, jika seseorang itu menggigit dan mengunyah kurma itu, maka dia akan mendapati rasa manisnya.
Setiap kali dikunyah, setiap kali rasa manisnya akan lebih dirasakan.
Bisyr bin As-Sariy rahimahullah berkata:
إنما الآية مثل التمرة كلما مضغتها استخرجت حلاوتها
“Tiadalah AYAT (Al-Qur’an) itu melainkan seumpama KURMA . Setiap kali engkau MENGUNYAHNYA , engkau keluarkan (rasakan) KEMANISANNYA ” [Al-Burhan Fi Ulum Al-Qur’an 2/103]
Jangan bosan membaca dan memahami Al-Qur’an. Ini kerana kemanisan Al-Qur’an akan dirasakan oleh orang yang sentiasa berusaha membaca dan memahaminya.
Semoga Allah ta’ala jadikan kita semua di kalangan ahli Al-Qur’an.
cnp