*SAKARATUL MAUT*
•••••••••••••••••••••••••••••
Alhamdulillah, Allah beri kita peluang utk kita hidup lagi hari ini supaya utk kita dapat mendekatkan diri pada Allah.
Sesungguhnya sarakatul maut adalah benar dan tiada sesiapa yg dapat mengelakkan diri dari kematian.
BENARKAH ADA TANDA² KEMATIAN:
Tidak ada dalil atau hadis.
Tanda² kematian adalah pengalaman para ulamak.
Tidak semestinya setiap org mengalaminya.
Kematian datang mengejut dan tiada siapa pun tahu bila dia akan mati.
KENAPA SAKARATUL MAUT SESEORANG BERBEZA?
Sakaratul maut bermaksud mabuk ketika nak mati.
Mabuk itu bermaksud dia berada disatu tempat tapi kerana mabuk yg dialami dia tidak berasa dia berada di situ.
Apabila sakaratul maut datang dia tidak sedar dgn keadaan sekelilingnya.
Semua org akan kena sakaratul maut.
Azab ketika sakaratul maut akan berlaku pada org kafir dan org yg melakukan dosa² besar.
Bagi org yg susah nak mati ketika sakaratul maut,kita tak boleh nak kata dia banyak dosa.
Semua yg terjadi ada hikmahnya.
Ada org yg kita nampak dia mati senang tapi hanya dia yg mengalami.
Susah atau senang kematian itu bukan menentukan surga atau neraka.
Ada ulamak tak suka mati ketika TIDUR kerana mereka kata sakit ketika mati itu adalah pengampunan dosa.
APAKAH AMALAN YG BOLEH MERINGANKAN SAKARATUL MAUT DAN ADAKAH ORG YG TERLEPAS SAKARATUL MAUT?
Sakaratul maut adalah perkara yg mesti akan kena pada semua org.
Nabi sendiri juga ditimpa sakaratul maut.
Nabi kata sesungguhnya mati ini ada sakitnya yg tersendiri.
Oleh kerana itu kita kena mendekatkan diri serta sentiasa redha dgn ketetapan Allah.
Dunia ini ujian ketika hidup dan ujian ketika nak mati.
Boleh amalkan doa sebelum beri salam ketika solat.
YaAllah aku berlindung dgn Engkau dari azab kubur serta ujian ketika hidup dan ujian ketika nak mati.
Doa ini supaya kita selamat ketika kita nak mati.
BOLEHKAH KITA BERDOA UTK PANJANG UMUR?
Kematian adalah pasti.
Kematian sudah Allah tetapkan masa dan tempatnya.
Boleh minta panjang umur utk taat pada Allah.
Tak boleh minta panjang umur kerana takut mati sebab cinta dunia.
Asasnya mati memang tidak akan ditangguhkan kalau sudah sampai masanya.
Antara amalan yg boleh memanjangkan UMUR adalah bersedekah dan berbakti pada ibubapa.
Ada takdir yg boleh berubah dan ada takdir yg Allah anjakkan umurnya kerana kebaikan² yg dilakukan.
PASTIKAN PANJANG UMUR ITU UTK KEBAIKAN BUKAN UTK KEMUNGKARAN.
BENARKAH KETIKA BERHADAPAN DGN SAKARATUL MAUT AKAN ADA GAMBARAN²?
Ya ..memang betul.
Ketika itu syaitan akan datang.
Syaitan datang kerana syaitan berusaha berhabis~ habisan utk menyesatkan manusia.
Syaitan akan datang menyerupai org yg kita sayang.
Ketika itu dgn rahmat Allah dan bantuan org sekeliling sahaja yg boleh membantunya.
Org sekeliling boleh ajarkan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ
Apa yg diucapkan pada akhir itulah yg akan menentukan masuk syurga atau neraka.
Jika akhirnya dia dapat mengucap لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ maka syurgalah untuknya.
ADAKAH JIKA KITA TERLUPA ITU TANDA KITA NAK MATI?
Nyanyuk juga salah satu tanda kematian.
Setiap masa yg berlalu itu juga tanda kita hampir mati.
BAGAIMANA NAK BANTU SAHABAT DIAMBANG SAKARATUL MAUT MUDAH²AN DIA BOLEH MENGUCAP لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ?
Kita boleh bantu dgn adab² ketika ziarah pesakit.
Boleh baca doa² utk ringankan pesakit.
Ajarkan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ sekali sahaja supaya dia tidak akan rasa terbeban dgn paksaan.
Kita usahakan diakhir kalamnya لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Jika kita ajarkan dia mengucap لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ itulah bakti terakhir kita pada dia.
ITULAH SEBAIK~BAIK TEMAN ATAU SAHABAT.
ADA ORG KATA JIKA KETIKA HIDUP KITA TAK PERNAH MENYAHUT LAUNGAN AZAN KITA TAK AKAN DAPAT MENGUCAP,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Salah satu sebab kita tak dapat mengucap kerana dosa dan kerana akhir hidupnya yg buruk(tak ikut perintah Allah).
Dia mengaku islam tapi akidah salah.
Disebabkan dosa² besar dan melakukan dosa kecil dgn bangga dan berterusan.
Org yg tak jawab azan kerana engkar(tak suka dengar azan/benci dgn azan)org begini akan mati dalam kesudahan yg buruk.
Org yg mempertikaikan sunnah juga boleh menyebabakan seseorang itu mati dalam kesudahan buruk.
SALAH SATU TANDA KEMATIAN ADALAH DIA DAH NAMPAK EMAK ATAU AYAH DIA YG TELAH MATI SEOLAH MEMANGGIL DIA ATAU MELAMBAI~LAMBAI PADA DIA.
BAGAIMANA CARA KITA TIDAK TERPENGARUH DGN HASUTAN SYAITAN YG MENYERUPAI MAK AYAH KITA SUPAYA KITA TERSELAMAT?
Nak akhir kalam kita bagus waktu kita hidup ini kita kena jadi org yg bagus(kita taat perintah Allah, tinggal larangan Allah dan kita ikut sunnah Nabi)
Nak bantu kawan kita supaya dapat mati dalam kesudahan yg baik dari sekarang kita ajak dia solat.
SESUNGGUHNYA ALLAH ADALAH TUHAN AKU DAN ISTIQAMAH ATAS AGAMA, MALAIKAT AKAN DATANG PADA MEREKA KETIKA NAK MATI DAN BANTU SERTA MALAIKAT AKAN BERITAHU JANGAN TAKUT DAN JANGAN BERSEDIH DGN APA YG ENGKAU NAK TINGGALKAN DAN BERGEMBIRALAH ENGKAU KERANA DIJANJIKAN SYURGA.
ORG YG BERIMAN DGN ALLAH DAN ISTIQAMAH DGN AMALAN,KETIKA NAK MATI MALAIKAT AKAN BANTU.
APAKAH HUKUM JENAZAH YG TIDAK DAPAT DISEMADIKAN DGN SEGERA DAN APAKAH ROH AKAN TENANG?
Jenazah perlu segera dikebumikan secepat mungkin.
Jika jenazah disimpan kerana ada siasatan polis itu dibenarkan.
Jenazah yg lambat dikebumikan sebenarnya sudah diazab atau sudah diberi nikmat walaupun ketika itu dia belum dikebumikan.
Ada 3 perkara yg perlu disegerakan:
Jenazah disegerakan dikebumikan.
Solat diawal waktu
Wanita yg dah sampai jodoh yg baik.
SAKARATUL MAUT DITETAPKAN PADA SEMUA ORG.
SAKARATUL MAUT AKAN DITENTUKAN DGN AMALAN YG KITA LAKUKAN KETIKA KITA HIDUP.
BAIK ATAU BURUK KEMATIAN KITA MENGIKUT AMALAN YG KITA LAKUKAN.
MATLAMAT KITA ADALAH MENJADI HAMBA YG DIREDHAI OLEH ALLAH.
ALLAH AKAN HANTARKAN MALAIKAT RAHMAT TURUN KETIKA ORG YG NAK MATI SEBELUM MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWANYA.
SELEPAS MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWANYA DGN KEADAAN YG TENANG,MALAIKAT RAHMAT AKAN MENGKAPANKAN JENAZAH DARI KAPAN DARI SYURGA DAN DIWANGIKAN DGN WANGIAN SYURGA.
SALAHKAH KITA HARAPKAN MATI SEKIRANYA KITA RASA KITA JADI BEBAN PADA ORG?
Kita tak boleh harapkan kematian.
Doa yg dibolehkan ialah Ya Allah jika kematian itu baik bagiku matikanlah aku dan jika hidup itu baik maka hidupkanlah aku dalam ketaatan padaMu.
BAGAIMANA KITA NAK TAHU ORG KOMA ITU SEDANG SAKARATUL MAUT?
Sebelum itu lagi kita dah ajarkan dia dgn لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Apabila nyawa sudah sampai dikerongkong jika dia mengucap sudah tidak berguna lagi.
Tanggungjawab kita,kita ajarkan sahaja لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Dia mengucapkan atau tidak itu antara dia dgn Allah.
HATI KITA ADALAH HATI YG KERAS KERANA BANYAK PENYAKIT HATI
SALAH SATU PENAWAR PENYAKIT HATI ADALAH DGN MENGINGATI MATI.
NABI SURUH KITA SELALU INGATKAN MATI.
SELALULAH CERITA DAN MENCERITAKAN TENTANG MATI.
DAN KITA KENA SELALU TANYA DIRI KITA ,KALAU SEKARANG MALAIKAT MAUT MENCABUT NYAWA AKU APAKAH SUDAH CUKUP BEKALAN UTK AKU DIBAWA?
KITA KENA INGAT SELALU PEMUSNAH SEGALA KELAZATAN IAITU KEMATIAN.
KITA KENA SELALU MELAKUKAN KEBAIKAN SUPAYA KITA MATI DALAM KEBAIKAN(buat solat,sedekah,berdakwah dll)
TANYALAH USTAZ TV9
21.11.2017
(Da’i Azrin&Ustaz Noor Effendi Hamid)
cnp