Home / Artikel Cahaya Islam / Sejarah Ustaz Azhar Idrus

Sejarah Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus bukan lagi nama asing sebagai pendakwah masa kini. Sehingga ramai yang membicarakan soal ustaz yang berasal dari Terengganu ini di blog, Facebook dan di mana saja. Ada juga yang menggelarkan suasana yang berlaku ini sebagai fanomena Ustaz Azhar Idrus dan ada juga yang menyebut sebagai gelombang Ustaz Azhar Idrus. Apa pun yang digelar, saya sangat gembira dan bersyukur dengan fanomena ini.

Golongan muda mula mendekati surau dan masjid, mula mendengar kuliah dan belajar mendalami agama. Alhamdulillah… Pada entri kali ini saya bawakan 2 buah video di mana Ustaz Azhar menerangkan sendiri tentang sejarah pengajiannya. Ramai yang search di google tentang sejarah Ustaz Azhar kemudian sampai ke blog saya. Buat mereka yang tertanya-tanya, bolehlah menonton video di bawah:

httpv://youtu.be/2Z3Rrqd11xA

httpv://www.youtube.com/watch?v=VEhXbJCdehk

Terjemahan: “Saya tak pernah mimpi nak jadi ustaz. Dulu masa jahil, rasa ingin belajar bila tengok orang lain pergi belajar. Apabila dah belajar, rasa nak beritahu apa yang dipelajari kepada kawan-kawan. Bermula dari seorang belajar dengan saya atas tangga rumah, kemudian bertambah jadi 3. Akhirnya bertambah ramai hingga tidak cukup tempat untuk duduk di atas tangga rumah, mengajar di surau pula. Pendek cerita semakin lama semakin ramai sampai ke hari ini. Sebab itu saya tak kisah orang tak panggil saya ustaz sebab tak pernah pun suruh orang panggil saya ustaz.”

Check Also

Jenazah Yang Dicemburui?

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka …

Mencari Khusyuk Solat Yang Hilang. Panduan Ini Mungkin Boleh Membantu

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.