Dari Tariq ibn Shihab
Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat.
Sahabat bertanya “Bagaimana boleh berlaku ya Rasulullah”
Baginda saw bersabda “Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang mahu melalui kawasan berhala tersebut tidak akan dibenarkan melintasinya kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah.
Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ”berkorbanlah walaupun seekor lalat”. Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, maka dia pun dibenarkan melalui kawasan itu.
Kepada seorang lelaki yang lain, ia berkata “aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah”. Lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia ke dalam syurga.
(HR Imam Ahmad)
Tauhid itu ibarat “golden ticket” untuk masuk ke dalam syurgaNya. Sebesar dosa apa yang kita lakukan, jika masih miliki tauhid yg benar kepada Allah maka masih ada kesempatan masuk syurga. Tetapi, meskipun banyak berbuat baik tetapi mati dalam keadaan tidak bertauhid kepada Allah, maka sudah tertutup pintu ke syurga, Nauzubillah :'(
Kredit : Jubah Muslimah