Home / Artikel Cahaya Islam / Isu Cina Bukan Islam Masuk Masjid, Apa Hukum Sebenar?

Isu Cina Bukan Islam Masuk Masjid, Apa Hukum Sebenar?

Mari kita dengar penjelasan dari Dr. Danial berkaitan isu ini. Kita tidak mahu orang Islam salah faham tentang hukum sebenar dan orang bukan Islam salah faham tentang Islam.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=8cbz3hQg_08&feature=player_embedded[/youtube] [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=IxRYXhzie4k&feature=related[/youtube] [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=LPECx8YNWeQ&feature=related[/youtube]

About wanwma

Check Also

43 Tahun

  SubahanAllah. Ini adalah gambar seorang Jemaah Haji berasal dari Pakistan yang telah tersebar di …

No comments

  1. Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
    At Taubah ayat 17

    • Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah 28

      Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.

      Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

      Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )

      Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

      Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :
      “Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )

      Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
      Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

      Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

      Sesungguhnya ayat Allah itu begitu luas maksudnya manakala perbuatan dan penjelasan dari Rasulullah itulah yang perlu kita contohi kerana Rasullullah sentiasa bertindak mengikut ajaran Al-Quran.

  2. sungguh terasa islam itu telah dihina…

    harap perkara ini tidak akan berulang kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *