Home / Artikel Cahaya Islam / Apa Maksud Zina?

Apa Maksud Zina?

Soalan:

Sy nk tnya….apakah dipanggil zina jika seseorang wanita itu mendedahkan  seluruh auratnya kepada seorang lelaki walaupun tanpa persetubuhan dan sentuhan? apakah ia zina hati?mata?
terima kasih

Jawapan:

Zina adalah memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan dan dengan kadar hasyafah (kepala zakar). Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang belum berkahwin yang melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan di atas adalah perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah SWT serta malaikat yang berada di kiri dan kanan mereka kerana perbuatan tersebut adalah muqaddimah zina.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

Tentang apa itu zina hati, mata dan sebagainya ada diterangkan di sini: Apa itu zina hati?

Sabda Rasulullah…

“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Nota:

1. Jawapan kepada soalan dirujuk melalui http://baheis.islam.gov.my

2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

About wanwma

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

9 comments

  1. jauhilah dari perkara yang mendekatkan diri ke arah zina

  2. salam ramadhan buat tuan rumah..
    oh..rindunya suri sb dah lama tak kesini heeee..

    btw pakaian seseorang muslim tu haruslah menutup aurat dgn sebaiknya. sbg umat islam nilai2 dlm berpakaian telah di gariskan dlm islam. maka kita tdk blh katakan tdk tahu dlm tatacara menutup aurat dgn cara yg betu.

    ajarkan ank dlm etiak berpakain sewawl usianya 6 ke 7 tahun insyallah pasti setiap yang kita asuh dari dia akan anak ikutinya kelak smpi bila2.

    ketegasan dlm berpakaian perlu di buat suapaya anak2 tdk mudah terpengaruh dgn kaedah pakaian yang menjolok mata.

    Pakailah pakaian yg menutup aurat bukankah itu manis dlm busana islam.

    selamat hari raya maaf zahir dan batin. 🙂

    • Islam itu indah dan punyai cara hidup yang murni. Cuma manusia suka mengikut hawa nafsu sendiri. Jadilah macam2 perkara yang pelik..

      Kembalilah kepada Allah!

      Terima kasih Suri! Selamat hari raya maaf zahir batin juga!

  3. Salam saudara WanWMA.
    Apa khabar? maaf kalau Indah baru sempat berkunjung. Banyak tugas yang harus Indah selesaikan sebelum raya.
    Indah berkunjung untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.
    maaf zahir dan bathin. minal aidin wal faizin

    Semoga berbahagia di hari lebaran bersama keluarga.
    Salam indahnya Syawal dari Indahkasihku.

  4. Salam hormat saudara WanWMA,

    terima kasih atas perkongsian ni. bagi saya, perkara ini lah yang patut kita semua tahu, perkara yang menjadi masalah utama di kebanyakan tempat.

    dan, paksa lah diri kita untuk menjauhi zina, agar selamat dunia akhirat. 🙂

    selamat menyambut hari raya aidilfitri,
    Abell Jefrry

  5. Assalamuaalaikum wbt..saye ingin bertanya tentang skop zina ini..zaman skg nih sedia maklum serba canggih..jd zina mngkin berkembang mngikut peredaran masa..seperti zina melalui handphone atau lebih popularnya phonesex..adakah in termasuk dlm zina yg dilaknat oleh Allah swt..lg2 yg bkn dgn muhrimnya..ingin tahu.

  6. kurangnya ilmu aku..

    saya nk bertanya.. jika pasangan itu dalam keadaan bogel kedua-dua dan saling berpelukan tetapi si lelaki itu tidak memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan.. mereka berdua hanya melakukan oral seks sahaja.. adakah itu pun dikira berzina??

  7. al-Jahil al-Mujhil

    Salaamullahi ‘alaikum sidi ustaz…

    Muqadimah zina tu dikenakan hukuman had juga kah? Bagaimana kalau kalau pasangan itu ghairu muhsan tetapi membuat muqadimah zina saja?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *